Harian Metro

Padanan elemen baru, lama

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Rekaan teruskan idea bebas, tidak terlalu ikut peraturan dalam bergaya

Apabila tiba musim baru, pastinya pencinta fesyen gemarkan gaya baru agar tidak dikatakan ketinggala­n dalam berfesyen. Namun, berbeza bagi Puma apabila masih mengekalka­n elemen baru dan lama yang dianggap bukan saingan sebaliknya dipadankan seiring agar saling melengkapi.

Jenama itu tetap mahu meneruskan ideanya yang bebas dan tidak terlalu mengikut peraturan dalam bergaya. Kali ini, rekaan kasut yang ditampilka­n susulan daripada gaya Basket Heart - Suede Heart Satin dan Basket Heart Explosive.

Puma Basket sebelum ini mencuri tumpuan era hip hop pada lewat 1970-an kerana stail jalanannya yang moden dan selesa. Sepatu ini kemudian menjalani beberapa transforma­si sehinggala­h diangkat sebagai legenda dalam budaya pop dunia.

Basket Heart edisi istimewa ini hadir dalam dua pilihan tali reben satin dan tali dempak. Ia juga disediakan dalam dua rona, hitam dan putih dengan kombinasi material satin, suede serta denim.

Koleksi kasut Suede Heart Satin dikemas kini dengan lebih bergaya berbanding musim lalu. Gandingan satin dan suede mewah dalam rona ungu kelabu dan hitam, antara idea menarik yang diketengah­kan.

Pada masa sama, penggunaan renda satin pada bahagian atas kasut menampilka­n gaya dengan kelasnya yang tersendiri. Koleksi Basket Heart Explosive pula menonjolka­n gaya funky selain mudah dipadankan dengan pakaian yang ada dalam almari.

Ia didatangka­n dalam warna hitam dan putih dengan tambahan material kulit premium di bahagian atas. Dua garisan lambang di kedua-dua belah kasut sneaker menjadikan ia lebih menyerlah.

 ??  ?? TAMPAK menarik dengan penampilan kasut yang menonjol.
TAMPAK menarik dengan penampilan kasut yang menonjol.
 ??  ??
 ??  ?? SESEKALI gayakan sepatu sneaker untuk bersantai.
SESEKALI gayakan sepatu sneaker untuk bersantai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia