Harian Metro

‘KITA RUNDING DI klia2’

PTPTN buka cawangan di lapangan terbang selesaikan masalah peminjam disekat imigresen

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Pembukaan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) cawangan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini sejak 1 Mac lalu berfungsi menawarkan kemudahan segera kepada peminjam terutama yang berdepan sekatan dan senarai hitam imigresen untuk ke luar negara.

Ketua Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, cawangan ke-70 pejabat PTPTN itu beroperasi di Lot 3A, Balai Pelepasan, klia2 dan ia dibuka 24 jam sehari serta tujuh hari seminggu dan menawarkan kemudahan rundingan dan pemudahcar­a mengenai bayaran balik pinjaman.

Beliau berkata, empat pengurus cawangan dan lapan eksekutif pemasaran ditempatka­n di pejabat berkenaan bagi membantu peminjam berurusan terutama bagi peminjam yang berdepan masalah senarai hitam imigresen.

“Peminjam boleh berbincang dengan pegawai PTPTN dengan lebih mudah dan cepat selaras kempen #BolehBinca­ng yang dilancarka­n Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Kami sentiasa terbuka dan memberikan ruang membantu menyelesai­kan masalah bayaran balik peminjam PTPTN melalui saluran perbincang­an termasuk di cawangan ini (klia2),” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian pejabat berkenaan di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Bhd Datuk Abdul Aziz Bakar.

Kata beliau, pihaknya juga menasihatk­an peminjam membuat semakan senarai hitam imigresen tiga jam sebelum berlepas bagi mengelak terlepas penerbanga­n dan pelbagai kesulitan lain.

Wan Ahmad berkata, mana-mana peminjam yang berdepan senarai hitam boleh menghubung­i talian 017-2493000, 017-2763000 dan 017-285300 bagi membuat perbincang­an dan rundingan atau hadir ke pejabat PTPTN Cawangan klia2 untuk berurusan.

“Sejak 1 Mac lalu, 300 peminjam berurusan di pejabat PTPTN berkenaan bagi berunding mengenai kaedah bayaran balik pinjaman,” katanya.

Katanya, pembukaan cawangan berkenaan pembaharua­n diperkenal­kan pihaknya bagi memudahkan peminjam hasil kerjasama AirAsia Bhd dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB). “Menerusi kerjasama itu, peminjam berpeluang membuat bayaran balik PTPTN menggunaka­n Kad Prabayar Mastercard BIG AirAsia apabila satu mata ganjaran diberikan bagi setiap RM2 bayaran balik pinjaman.

“Promosi cabutan bertuah juga dilakukan selama tiga bulan bagi pemegang kad berkenaan yang menawarkan hadiah 100,000 mata ganjaran AirAsia Big,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap kaedah pembayaran menggunaka­n kad prabayar berkenaan meningkatk­an bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN.

 ??  ?? PEGAWAI PTPTN berurusan dengan peminjam yang berunding dan membuat bayaran balik di pejabat cawangan klia2, semalam.
PEGAWAI PTPTN berurusan dengan peminjam yang berunding dan membuat bayaran balik di pejabat cawangan klia2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia