Harian Metro

PURA-PURA PENGSAN PULA...

„ Tiga penyamun berlakon jadi mangsa nahas ditahan penduduk

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Taktik tiga individu termasuk sepasang suami isteri berbaring di tepi jalan raya dan berpura-pura cuba mendapatka­n bantuan sebelum bertindak menyamun mangsa akhirnya memakan diri selepas dicekup penduduk kampung di Kampung Bauto, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, suspek berusia 30 hingga 50 tahun ditahan selepas penduduk kampung menyedari tindakan mereka cuba menyamun seorang mangsa yang dipercayai mahu memberikan bantuan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superinten­dan V Shivananth­an berkata, hasil siasatan seorang lelaki berusia 30-an yang sedang memandu dari Kota Kinabalu ke Sandakan memberhent­ikan kenderaann­ya selepas ternampak tiga ‘mangsa’ sedang berbaring.

“Mangsa menurunkan tingkap kenderaan sebelah kiri pemandu namun salah seorang suspek bertindak menarik tangan dan merampas jam tangan yang dipakai mangsa. “Mangsa kemudian turun dari kenderaann­ya menuju ke arah suspek namun tiba-tiba dipukul,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shivananth­an berkata, penduduk yang kebetulan berada di lokasi kejadian cuba membantu mangsa dan menangkap suspek terbabit.

“Suspek juga bertindak agresif dengan cuba mengigit mereka yang ada di kawasan berkenaan namun tidak berjaya. Suspek kemudian diberkas bersama isterinya manakala seorang lagi rakan mereka berjaya melarikan diri,” katanya. Katanya, pasangan suami isteri yang ditahan adalah warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpula­n,” katanya.

Terdahulu, gambar suspek ditangkap penduduk kampung turut tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.

 ??  ?? SUSPEK dicekup penduduk kampung yang tular di facebook, semalam.
SUSPEK dicekup penduduk kampung yang tular di facebook, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia