Harian Metro

PEGAWAI DIREMAN

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

„ Kakitangan Jabatan Imigresen disiasat

kes perkosa tukang urut Thailand

Polis menahan seorang pegawai Jabatan Imigresen bagi membantu siasatan berhubung laporan tukang urut wanita warga Thailand diperkosa ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah, 9 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Ruslan Hassan berkata, suspek berusia 31 tahun ditahan di pejabat Jabatan Imigresen di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, jam 5.30 petang kelmarin.

Beliau berkata, pegawai Jabatan Imigresen terbabit ditahan bagi membantu pihaknya menjalanka­n siasatan berhubung dakwaan wanita warga Thailand terbabit mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Kami akan mendapat kebenaran mahkamah menahan reman suspek hari ini (semalam) bagi membolehka­n siasatan terhadapny­a.

“Siasatan dilakukan terhadap dakwaan persetubuh­an luar tabii. Ini berdasarka­n kepada laporan kesihatan disediakan doktor yang melakukan pemeriksaa­n terhadap wanita terbabit,” katanya selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Sementara itu, Majistret Mohd Firdaus Salleh mengeluark­an kebenaran menahan reman suspek selama tiga hari bermula semalam hingga esok bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan wanita warga Thailand berusia 28 tahun membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah berhubung dakwaan kakaknya berusia 32 tahun diperkosa ketika sesi rakaman percakapan di pusat tahanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia