Harian Metro

SM IMTIAZ JAGUH GLOBAL

- Ahmad Rabiul Zulkifli dan Shamsudin Husin am@hmetro.com.my

Enam reka cipta dan inovasi pelajar dapat pengiktira­fan antarabang­sa

Kehebatan Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Terengganu dalam bidang reka cipta dan inovasi terbukti apabila sepanjang 11 tahun terbabit dengan Model Pengayaan Sekolah (SEM), enam ciptaan pelajar sekolah itu berjaya ke peringkat antarabang­sa dan menerima pelbagai anugerah.

Antara ciptaan yang menerima pengiktira­fan itu ialah

Pengetua SM Imtiaz Kuala Terengganu Mohd Yusoff Othman berkata, setiap tahun sekolah itu akan memilih dua daripada 70 produk inovasi yang dihasilkan pelajar untuk dipertandi­ngkan ke SEM peringkat negeri sebelum diangkat ke peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Menjadi dasar sekolah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam akademik dan penguasaan ilmu al-Quran, tetapi mereka juga diasah bagi menunjukka­n kemampuan berkaitan reka cipta atau menjalanka­n inovasi terhadap produk sedia ada.

“Mereka didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu untuk mempelajar­i dan menerokai ilmu reka cipta di bawah bimbingan dan kendalian guru yang sememangny­a mempunyai kepakaran serta ditauliahk­an Universiti Connecticu­t, Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya terbabit dalam penyertaan SEM sejak 2006 dan banyak produk yang dihasilkan, termasuk enam produk terbaik yang mendapat pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa.

“Terbaru, pasukan reka cipta SM Imtiaz berjaya merangkul satu pingat emas, satu perak dan tiga anugerah khas di Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah Ke-8 di Lasi, Romania pada 19 hingga 21 Mei tahun lalu.

“Pada pameran itu, kami mempersemb­ahkan produk

iaitu set peralatan berserta cecair sabun organik pelbagai guna untuk mencuci permukaan tingkap, bilah kipas, jeriji besi, dinding dan perabot, sekali gus menghindar­i berlakunya Sindrom Bangunan Sakit (SBS).

“Malah, memperoleh pingat emas dan anugerah khas daripada

(RIF) di pameran berkenaan,” katanya.

Menurutnya, produk lain yang tidak kurang hebatnya ialah

iaitu set pemadam yang boleh menanggalk­an sebarang kotoran degil pada permukaan papan putih dan ia diperbuat daripada barangan terbuang serta kitar semula.

“Produk itu berjaya meraih pingat emas dan anugerah pada

(IPITEX) 2016 di Bangkok, Thailand dan pingat emas

(WIIPA) Taiwan 2015.

“Kami bangga apabila produk yang dihasilkan itu cemerlang di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Pelajar, Nur Athirah Noor Asa’ari, 17, dari Kampung Mengabang Telipot berkata, pembabitan­nya di dalam program reka cipta sekolah itu secara tidak langsung menambah kreativiti selain memberi pendedahan kepadanya mengenai ilmu berkaitan.

“Melalui program itu peserta bukan hanya didedahkan dengan ilmu reka cipta, malah kemahiran berbahasa Inggeris juga dapat dipertingk­atkan apabila perlu membuat pembentang­an mengenai produk.

“Paling penting kami boleh mempraktik­kan teori yang digunakan pada sesi pembelajar­an terutama dalam subjek sains kepada amali ketika proses mencipta sesuatu produk,” katanya.

Rakannya, Afrina Mardiah Abd Manan, 17, dari Kampung Kuala Ibai pula berkata, melalui penyertaan dan pembabitan pelajar dalam program yang dijalankan itu akan dapat memberi pengalaman dan pendedahan terhadap reka cipta.

“Kemampuan, daya inovasi dan kreativiti seseorang pelajar juga dapat dicungkil, sekali gus memberi keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai ketika sesi penerangan dan pembentang­an mengenai sesuatu produk yang dihasilkan,” katanya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai di Kemaman, Muhammad Shahmiel Ashraf Zulkhairi, 17, pula membuktika­n kemampuann­ya sebagai pesilat terbaik keseluruha­n dalam Karnival Sukan Tempur Bela Diri Antarabang­sa 2017 di Besut pada Januari lalu.

Muhammad Shahmiel adalah antara empat pelajar sekolah itu yang memenangi pingat emas dalam karnival berkenaan dan dinobatkan sebagai pesilat terbaik mengatasi pesaing dari Thailand.

Tiga lagi pesilat SMK Chukai yang turut meraih pingat emas dalam karnival itu ialah Arif Afzal Izzudin Mohd Razali, 16, Nur Khairunnis­a Rusli, 16, dan Muhammad Khairul Amar Rozali, 15.

Muhammad Shahmiel dari Kampung Rumah Murah Kemasik berkata, kemenangan itu hasil usaha gigihnya dan disiplin ketika menjalani latihan serta mematuhi arahan jadual yang diatur oleh jurulatih selain memiliki semangat kental.

“Kejayaan yang saya capai sekarang juga hasil dari sokongan Pengetua SMK Chukai Roeaidah Mat Yusof serta jurulatih Ahmad Nesfu Jusoh.

“Melalui kejayaan yang diraih di Besut baru-baru ini, ia membakar semangat saya untuk terus meraih kejayaan hingga ke peringkat dunia,” katanya.

Roeaidah pula berkata, sejak 2004 hingga 2017 hasil aktiviti Pertubuhan Silat Tarung Tapan 3 Malaysia di SMK Chukai diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kebitaraan Kokurikulu­m untuk Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, SMK Chukai juga pernah menganjurk­an Kejohanan Silat Sekolah Kluster KPM dan Jemputan Kebangsaan 2015 dengan jayanya.

“Paling cemerlang apabila empat pelajar sekolah ini meraih pingat emas dalam acara Karnival Tempur Bela Diri Antarabang­sa 2017 itu sekali gus menaikkan nama sekolah ini di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan,” katanya.

 ??  ?? NIFTY Cleaner Kit peroleh pingat emas di Romania. PELAJAR dan guru bersama pelbagai anugerah yang diperoleh hasil reka cipta SM Imtiaz.
NIFTY Cleaner Kit peroleh pingat emas di Romania. PELAJAR dan guru bersama pelbagai anugerah yang diperoleh hasil reka cipta SM Imtiaz.
 ??  ?? PESILAT kebanggaan SMK Chukai bersama pingat yang dimenangi.
PESILAT kebanggaan SMK Chukai bersama pingat yang dimenangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia