Harian Metro

DRAMA CENDOL & LAKSA

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Pertemuan antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya menjadi kenyataan namun bukan untuk berdebat, tetapi hanya bersembang santai sambil menikmati laksa dan cendol di Dataran Lembah, petang semalam.

Perjumpaan jam 4.25 petang itu turut dihadiri anak Dr Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Semua mereka meluangkan masa berbual sambil menikmati cendol dan laksa sebelum meluangkan masa bersama melihat pemandanga­n Sungai Perak.

Terdahulu, Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menantikan kehadiran Dr Mahathir hampir tiga jam di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar iaitu lokasi sepatutnya berlangsun­g penganjura­n debat antara mereka berdua yang ditunda dan dijadual diadakan pada April ini di Shah Alam, Selangor.

Dalam sidang medianya, Mohamed Nazri memper- soalkan keputusan polis menolak permohonan program debat itu dengan beberapa alasan namun beliau hairan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan program Jelajah Tawan Perak Selamatkan Malaysia di kawasan Parlimenny­a dibenarkan pula.

Katanya, penganjura­n debat antara dirinya dan Dr Mahathir adalah debat secara terbuka dan bukannya mengikut Akta Perhimpuna­n Aman (PPA) 2012.

“Apa yang menghairan­kan saya, polis memberi ke- izinan kepada Mahathir mengadakan program dan difahamkan beliau berucap seorang diri, malah dijalankan pada waktu malam di kawasan perumahan.

“Lokasi yang saya cadangkan adalah di kawasan sekolah pada cuti sekolah, tidak ada murid, malah dijalankan pada waktu siang dan keadaan lebih terkawal, tetapi Tun M (Mahathir) boleh dapat permit, tetapi saya tidak dapat

“Saya tidak tahu kenapa dilayan sebegini kerana terasa diri dilayan seperti pembangkan­g dan Tun M pula Perdana Menteri, padahal saya Menteri (Pelanconga­n) dan wakil rakyat kawasan saya sendiri,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan MRSM, di sini semalam.

Sementara itu, Dr Mahathir pula berada di Kuala Kangsar bagi menghadiri Bicara Rakyat Bersatu di Jalan Kota Lama Kiri di Padang Rengas pada jam 8.30 malam tadi.

 ??  ?? NAZRI (kiri) bersama Dr Mahathir menikmati cendol dan laksa di Dataran Lembah, Kuala Kangsar.
NAZRI (kiri) bersama Dr Mahathir menikmati cendol dan laksa di Dataran Lembah, Kuala Kangsar.
 ??  ?? MOHAMED Nazri menunggu kehadiran Dr Mahathir di pekarangan MRSM Sultan Azlan Shah.
MOHAMED Nazri menunggu kehadiran Dr Mahathir di pekarangan MRSM Sultan Azlan Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia