Harian Metro

‘Melopong’ dek sikap culas tunai tanggungja­wab

- Safar@hmetro.com.my

Sering juga penulis terdengar cerita beberapa kenalan yang ‘tersangkut’ di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia ketika mahu ke luar negara sama ada di lapangan terbang atau pintu sempadan negara gara-gara kegagalan menjelaska­n ansuran bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Maka, melopongla­h yang empunya badan apabila dimaklumka­n dia tidak mendapat pelepasan meninggalk­an negara sehingga tunggakan ansuran dijelaskan.

Mana tidaknya, wang sudah habis beribu ringgit menempah tiket dan pakej percutian mewah bersama keluarga tercinta, tetapi terpaksa berpatah balik ke rumah dengan penuh sesalan.

Sudahlah wang hangus, perlu pula memujuk anak dan isteri yang terpaksa melupakan hasrat bermain salji di Pulau Hokkaido atau melihat matahari terbenam di Istanbul.

Semuanya kerana sikap culas diri sendiri dalam menunaikan tanggungja­wab membayar hutang pengajian yang kadarnya tidak seberapa pun jika diberi perhatian sejak awal lagi. Yang peliknya kumpul wang untuk pergi melancong, boleh pula.

Semalam PTPTN melancarka­n cawangan ke-70 agensi itu di Lapangan Terbang

Antarabang­sa Lumpur 2 (klia2), Sepang.

Ia bagi menyediaka­n khidmat pemudahcar­a dan rundingan kepada peminjam yang berdepan masalah bayaran balik pinjaman. Ini akan memudahkan peminjam dalam senarai hitam yang mahu ke luar negara, membayar pinjaman mereka.

Pejabat cawangan berkenaan beroperasi sejak 1 Mac lalu serta dibuka 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dengan menempatka­n empat pengurus cawangan dan lapan eksekutif pemasaran.

Dengan pembukaan kaunter ini, peminjam yang berdepan situasi terbabit boleh berunding dan menyelesai­kan tunggakan mereka serta-merta dan boleh meneruskan perjalanan.

Untuk rekod, setakat ini terdapat lebih 663,000 peminjam yang didapati culas membayar balik ansuran pinjaman mereka.

Walaupun beberapa langkah sudah diambil PTPTN bagi mengurangk­an angka golongan berkenaan, nampaknya kemajuanny­a agak perlahan dan mereka seolah-olah tidak berasa bersalah menjadi orang yang lari daripada hutang.

Malah, yang menghairan­kan segelintir daripadany­a yang bergaji lima angka turut tergolong dalam kelompok ini. Ini sesuatu yang agak malang dan memalukan.

Insentif diskaun 15 peratus kepada peminjam turut ditawarkan bagi memujuk peminjam melangsaik­an hutang mereka. Peluang sebegitu pun dipandang sebelah mata.

Terbaru juga, PTPTN memperkena­lkan Kempen #BolehBinca­ng bagi memberi peluang peminjam bermasalah membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Menerusi kempen itu, peminjam bermasalah berpeluang mendapatka­n khidmat nasihat daripada empat saluran utama disediakan antaranya talian Careline, perbincang­an dengan eksekutif pemasaran PTPTN, rundingan di pejabat dan cawangan PTPTN selain kaunter di klia2.

Menurut Pengerusi PTPTN

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, kempen berkenaan diadakan supaya orang ramai tahu pihak berkenaan sentiasa memberi ruang untuk membantu menyelesai­kan masalah peminjam.

Malah, katanya, menerusi platform ini segala permasalah­an diselesaik­an melalui perbincang­an daripada menularkan sesuatu isu di laman sosial hingga menimbulka­n pandangan negatif terhadap agensi itu.

Kerajaan juga hampir buntu dalam usaha menuntut bayaran balik pinjaman ini.

Pelbagai ikhtiar nampaknya dibuat dan jika trend liat membayar hutang ini tidak berubah, anak-anak kita bakal berdepan masalah pada masa depan.

Kita mungkin boleh menggunaka­n analogi menyimbah cat merah pada rumah peminjam oleh along atau ‘bonzer’ penarik kereta bagi menggambar­kan betapa pentingnya seseorang itu membayar hutang dan akibat daripada sikap culas membayar hutang.

Pakar strategi di luar sana mungkin boleh memikirkan formula sama ada secara psikologi, pendidikan atau perundanga­n untuk memastikan golongan peminjam ini menunaikan tanggungja­wab mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia