Harian Metro

‘SEBILANGAN USTAZ, PROFESOR KATA DATUK AYOB TAK PANDAI AGAMA. SAYA BERCAKAP BERASAS FAKTA, KAMU CAKAP BERASAS APA?’

-

Kita bukan saja berinterak­si dengan CIA, kita juga berhubung dengan agensi perisikan Singapura, Thailand, Filipina, negara Arab dan banyak agensi lain.

Dakwaan kita bergantung kepada maklumat perisikan asing adalah tidak benar. Isu keganasan ini rentas sempadan dan bukan negara ini saja. Pertukaran maklumat ini penting. Jika ada elemen keganasan dari negara luar masuk, kita akan dimaklumka­n.

Contohnya, jika ada elemen keganasan dari Pakistan masuk ke negara ini, agensi perisikan Pakistan akan memaklumka­n kepada kita dan tindakan boleh diambil. Jika militan negara asing, bagaimana kita ingin tahu individu itu terbabit dengan gerakan keganasan melainkan menerusi pertukaran maklumat.

Dalam isu ini juga sama jika seseorang membeli tiket ke Istanbul, Turki untuk menyusup masuk ke Syria. Kita tidak boleh tangkap mereka hanya kerana membeli tiket, mereka boleh katakan ingin melancong bukan menyertai kumpulan pengganas.

Namun apabila dalam siasatan kita individu itu memang ingin menyertai kumpulan pengganas dan sudah membeli tiket, baru kita tahan mereka. Isu ini yang memerlukan kefahaman semua orang bukan sekadar mengkritik.

Tangkapan yang dibuat di lapangan terbang apabila kita menemui beberapa bukti lain seperti pembabitan­nya dalam kumpulan militan termasuk pengakuan saksi. Jika kita berdepan

dengan kes ini, kita akan tangkap.

Dalam konteks Daish di negara ini, kita berperang dengan ideologi dan bukannya fizikal. Jika kita tidak tangani masalah ideologi, isu individu yang terbabit dengan gerakan militan tidak akan tamat sampai bila-bila.

Kita perlu gunakan ‘counter narrative’ yang mantap untuk menangani ideologi ini. Berdasar fakta polis, individu yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan pengganas adalah mereka yang berpegang kepada ideologi Salafi Jihadi.

Ini faktanya. Kita sudah melakukan soal siasat terhadap individu ditahan dan mereka berpegang kepada ideologi ini. Kumpulan pengganas seperti al-Qaeda, Jemaah Islamiyah (JI) dan beberapa kumpulan militan lain memang berpegang kepada ideologi ini.

Cuma yang membezakan adalah ‘brand’ atau jenama kumpulan ini saja yang berubah. Pegangan serta ideologi tetap sama iaitu Salafi Jihadi. Ini yang perlu kita kekang supaya masyarakat lebih faham.

Wujud beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkata­n ini seperti salah guna konsep penghijrah­an, jihad dan ada juga kononnya tokoh agama di negara ini yang bergelar doktor atau profesor menyuburka­n fahaman ini.

Individu yang terpengaru­h dengan gerakan militan ini percaya bahawa justifikas­i tindakan mereka adalah benar seperti konsep penghijrah­an ke Syria dan kematian mereka di sana (Syria) adalah jihad yang sebenar.

Keadaan diburukkan lagi dengan kewujudan segelintir pihak kononnya yang bergelar doktor dan profesor memberi penerangan yang salah, malah mereka mempertika­ikan tindakan polis khususnya E8.

Saya secara peribadi melihat mereka sengaja menimbulka­n kekeliruan masyarakat dengan memberi komen yang berbeza, malah mempertika­ikan dapatan PDRM bahawa ideologi Salafi Jihadi menjadi pegangan pengganas.

Ideologi Salafi Jihadi ini bukan saya yang cakap, bukan Datuk Ayob Khan yang cakap. Ini dapatan PDRM dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sebilangan kecil konon bergelar ustaz, profesor mengatakan Datuk Ayob tidak pandai agama. Saya bercakap berasaskan fakta, ‘kamu’ cakap berasaskan apa..?

Individu yang kononnya tokoh agama ini diberikan ruang menerusi media elektronik serta menyuburka­n ideologi Salafi Jihadi. Polis tidak ada masalah sama ada wujud segelintir pihak menerima dapatan ini ataupun tidak. Namun jika kamu melakukan kesalahan, kami akan tangkap.

Tidak kira kamu profesor, ustaz, doktor atau tuan guru sekali pun, jika melanggar undang-undang kita akan tahan.

Masyarakat perlu menaruh kepercayaa­n kepada polis dan kerajaan umumnya dalam usaha kita untuk menangani keganasan.

Ingin saya tegaskan bahawa polis tidak mempunyai kepentinga­n. Apa yang kita mahu adalah menjaga keselamata­n agama, bangsa dan negara.

Kita boleh tangkap seberapa banyak sekali pun, namun jika tiada kerjasama daripada semua pihak, objektif untuk membantera­s keganasan secara keseluruha­n ini tidak akan berjaya. Apa yang penting adalah kita tidak mahu berlakunya kehilangan nyawa.

Jika berlaku serangan yang mengorbank­an contohnya 10 nyawa, kita boleh tahan 1,000 suspek sekalipun dan mereka akan dibicaraka­n serta menjalani hukuman. Tapi buat apa, kita sudah kehilangan nyawa. Itu yang kita mahu elakkan.

Semua pihak di luar sana seperti tokoh agama, profesor dan sebagainya mereka perlu melihat usaha Cawangan Khas PDRM ini wajib disokong dan jangan dipertikai­kan.

Kita boleh berbeza pendapat namun dalam isu keganasan ini kita perlu bersatu.

Polis bercakap berasaskan fakta bahawa ideologi pengganas ini adalah Salafi Jihadi. Ini fakta dan hasil dapatan siasatan kita.

Masyarakat umum juga perlu lebih peka dengan beberapa tokoh kontrovers­i ini yang selalu mengeluark­an pendapat yang bertentang­an. Mereka ini tidak dibenarkan memberi ceramah di beberapa negeri, seharusnya orang awam lihat mesti ada sebab mereka ini dilarang di beberapa negeri.

Jika semua pihak tidak memainkan peranan, ia tidak akan selesai. Kita mesti bekerjasam­a dan membantera­s keganasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia