Harian Metro

80% jalani rawatan metadon berjaya pulih

-

Kuantan: Lebih 80 peratus penagih yang mengikuti program rawatan metadon berjaya keluar daripada penagihan dadah sekali gus mendorong mereka ke arah perubahan positif.

Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, berdasarka­n pengalaman­nya merawat penagih dadah, penggunaan metadon membantu golongan itu supaya tidak kembali menagih.

“Saya melaksanak­an program rawatan itu bermula 2010 di poliklinik milik saya dan rakan di Indera Mahkota 8, di sini. Setakat ini, lebih 700 pesakit sudah dirawat.

“Dari segi keberkesan­an program rawatan ini, lebih 80 peratus pesakit tidak kembali menagih dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, melalui rawatan itu juga dapat mengurangk­an risiko dan penyebaran jangkitan HIV dalam kalangan pengguna dadah suntikan dan pasangan serta mengurangk­an risiko penyebaran jangkitan penyakit bawaan darah yang lain seperti Hepatitis B dan C.

Ahmad Shukri berkata, sejak menjalanka­n rawatan itu, dos paling tinggi diberikan kepada pesakit adalah 200 miligram iaitu membabitka­n mereka yang dijangkiti Hepatitis C.

“Metadon ini perlu diambil sekali setiap hari dan dos ditetapkan oleh doktor. Kebiasaann­ya, dos diambil antara lima ke 20 miligram dan paling banyak 10 miligram.

“Tidak timbul isu pesakit akan ketagih metadon selepas menerima rawatan ini kerana dos diberikan sudah ditetapkan sehingga pesakit tidak lagi ketagih,” katanya.

Menurutnya, dia turut mengingatk­an pesakit yang mengambil metadon supaya menyimpan cecair berkenaan di tempat selamat dan jangan disimpan di dalam peti sejuk.

“Kita bimbang kerana botol metadon seakan-akan ubat batuk dan apabila anak-anak atau orang lain yang tidak mengambiln­ya terminum ubat ini, boleh menyebabka­n kematian,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Shukri menunjukka­n buku polisi dan prosedur operasi piawai Program Rawatan Metadon di pejabatnya di Indera Mahkota.
DR Ahmad Shukri menunjukka­n buku polisi dan prosedur operasi piawai Program Rawatan Metadon di pejabatnya di Indera Mahkota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia