Harian Metro

PENAGIH 10 TAHUN

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

„ ‘Pelanggan’ termuda AADK terima rawatan pemulihan di klinik C&C di Kota Bahru

Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun antara ‘pelanggan’ termuda yang pernah diterima Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menjalani rawatan pemulihan dadah di Klinik Cure Care (C&C) milik agensi berkenaan.

Penerima rawatan termuda yang dikesan menjalani pemulihan di klinik C&C itu ialah di Kota Bharu, Kelantan dan Keningau, Sabah dan kanak-kanak berkenaan dihantar ibu bapa mereka selepas dikesan mempunyai tanda-tanda penagihan dadah.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib berkata, kanak-kanak itu menerima rawatan di Klinik C&C secara sukarela, manakala kebanyakan daripada 6,900

& yang menerima rawatan di 28 Klinik C&C dan Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) seluruh negara berusia 17 tahun ke atas.

Beliau berkata, lazimnya kanak-kanak yang menerima rawatan di C&C masih bersekolah dan mereka diberi motivasi agar kembali bersemanga­t untuk ke sekolah sepanjang menjalani rawatan selama tiga bulan.

“Tahun ini, kami akan memberi motivasi kepada mereka yang berusia antara 17 hingga 18 tahun supaya menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun jumlah ‘pelanggan’ yang bakal berbuat demikian belum dipastikan.

“Tahun lalu kami memberi motivasi kepada 23 ‘pelanggan’ C&C Karangan, Kedah yang sudah dibuang sekolah hingga berjaya menduduki peperiksaa­n Penilaian Tahap 3 (PT3),” katanya selepas perasmian Larian Komuniti Anti Dadah Zon Utara 2017 di Vision Park, Bertam, dekat sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia