Harian Metro

NAK SABOTAJ TERENGGANU

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

„ Polis siasat individu sebar berita tak tepat pelancong dirogol, dicabul

Polis Terengganu menyifatka­n penyebaran berita kononnya ada pelancong wanita dirogol atau dicabul pemandu pelancong di Pulau Perhentian dan Pulau Redang bertujuan mensabotaj Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT2017).

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Idris Abdullah berkata, pendedahan seorang wanita bernama ‘Cheryl Wong’ itu mula menjadi tular sebaik pulau dibuka dengan mengaitkan Pulau Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu dan Pulau Tioman, Pahang.

Beliau berkata, berita disebarkan tidak tepat kerana siasatan mendapati hanya dua kes iaitu cabul dan rogol dilaporkan dalam tempoh tiga tahun lalu membabitka­n dua mangsa yang juga penuntut.

“Ia membabitka­n kes rogol di Pulau Perhentian pada Mei tahun lalu dan kes cabul di Pulau Kapas pada Julai tahun lalu yang mana suspek bagi kes cabul sudah ditahan, manakala suspek kes rogol di Pulau Perhentian melarikan diri.

“Identiti suspek bagi kes berkenaan sudah dikenal pasti, manakala kita tidak menerima sebarang laporan seperti yang didedahkan individu berkenaan.

“Malah, siasatan juga mendapati modus operandi digunakan juga tidak sama seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial kononnya pelancong wanita diberi dadah atau disapu minyak dagu,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke-210 Peringkat Kontinjen Terengganu, semalam.

Pada majlis itu, enam kakitangan Media Prima Berhad (MPB) Terengganu iaitu wartawan Harian Metro, Zatul Iffah Zolkiply, Aslina Abu Bakar (wartawan sambilan Berita Harian), Rozainah Zakaria (jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Mohd Syafiq Ambak (jurugambar sambilan NSTP), Zarina Abdullah (wartawan sambilan New Straits Times) dan Aziz Abdullah (juruvideo TV3) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Idris sebagai menghargai kerjasama yang terjalin antara dua pihak.

Idris berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n ia cara pihak tertentu mensabotaj atau memburuk-burukkan VBT2017.

Katanya, pihaknya akan menjalanka­n siasatan dan mengesan individu menyebarka­n berita berkenaan sebaik laporan polis dibuat.

“Kita akan bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pihak bertanggun­gjawab menyebarka­n berita ini seterusnya menyiasat tujuan dia bertindak sedemikian.

“Pada masa sama, kita turut menasihatk­an pengunjung yang menjadi mangsa membuat laporan polis sekiranya berlaku kes sedemikian bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita bernama ‘Cheryl Wong’ membuat pendedahan mendakwa pelancong wanita asing yang berpakaian seksi sering diambil kesempatan dan menjadi mangsa tipu daya pemandu pelancong tempatan.

 ??  ??
 ?? Idris Abdullah ?? Siasatan juga mendapati modus operandi digunakan juga tidak sama seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial kononnya pelancong wanita diberi dadah atau disapu minyak dagu”
Idris Abdullah Siasatan juga mendapati modus operandi digunakan juga tidak sama seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial kononnya pelancong wanita diberi dadah atau disapu minyak dagu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia