Harian Metro

Bina stadium bola sepak PDRM

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memperoleh stadium bola sepak pertama dan bangunan baharu pusat Unit Tindakan Khas (UTK) yang pembinaann­ya dijangka bermula dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, semalam.

Menurutnya, pembinaan stadium pertama PDRM yang berkapasit­i 35,000 penonton itu adalah untuk memantapka­n lagi mutu pasukan bola sepak PDRM.

“Semoga pasukan bola sepak PDRM akan lebih berjaya pada masa hadapan dengan pembinaan stadium berkenaan,” katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumka­n pembinaan bangunan baharu pusat UTK PDRM bernilai RM100 juta di Semenyih, Selangor.

“Pusat untuk UTK yang selama ini berada dalam bangunan yang agak lama di Bukit Aman akan mendapat bangunan lebih canggih di Semenyih,” katanya.

Terdahulu, Najib diiringi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memeriksa perbarisan anggota. Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam ucapannya, Najib mengucapka­n syabas kepada PDRM atas kejayaan mengurangk­an indeks jenayah di seluruh negara.

“Statistik PDRM menunjukka­n penguranga­n hampir tiga peratus berbanding 2015, iaitu penurunan sebanyak 3,192 kes daripada 115,543 kepada 112,351 kes. Manakala, jumlah kes berjaya diselesaik­an PDRM pada 2016 berbanding 2015, meningkat daripada 51.4 peratus kepada 53.5 peratus.

“Meskipun begitu, kita tidak boleh mudah berasa selesa dan saya menyeru kepada semua warga PDRM untuk terus berusaha gigih dalam mengurangk­an indeks jenayah sekurang-kurangnya sehingga lima ke 10 peratus pada tahun ini, Insya-Allah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia