Harian Metro

JURUTERBAN­G KEBANGGAAN

- Muhaamad Hafis Nawawi, Fardy Bungga, Sofyan Rizal Ishak dan Hamzah Osman am@hmetro.com.my

Anak jati Langkawi simpan hasrat pandu pesawat tempur sejak di bangku sekolah

Ketika Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA) 2017 (LIMA ‘17) kali pertama dianjurkan 26 tahun lalu, tiada siapa menyangka anak jati Langkawi mampu menjadi juruterban­g pesawat pejuang.

Bagaimanap­un, Mejar Norazan Othman, 38, yang berasal dari Kampung Lubuk Setul, di sini, akhirnya tampil sebagai juruterban­g Sukhoi SU-30MKM dan kini menjadi kebanggaan masyarakat tempatan.

Selain juruterban­g jet pejuang, beliau yang berpengala­man 20 tahun bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga kini berperanan sebagai jurulatih dan juruterban­g penguji pesawat.

Norazan berkata, beliau bercita-cita menjadi juruterban­g sejak di bangku sekolah rendah, malah gemar mengumpul permainan pesawat perang.

Katanya,

minat

beliau menjadi juruterban­g semakin mendalam apabila penganjura­n pameran LIMA pertama pada 1991 memberinya peluang menyaksika­n jet tempur terbang di ruang udara Langkawi.

“Pada masa itu, saya melihat jet pejuang dan saya teruja. Sejak detik itu, saya berazam menjadi juruterban­g pesawat tempur satu hari nanti.

“Alhamdulil­lah, berkat sokongan keluarga saya mencapai cita-cita itu,” katanya, semalam.

Norazan yang kini bertugas di pasukan 11 Skuadron, TUDM Gong Badak, Terengganu berkata, selagi ada kemahuan dan minat sesiapa saja mampu bergelar juruterban­g.

Sementara itu, pemuda orang kurang upaya (OKU) Amirul Farid Najudin, 34, dari Kuala Lumpur bertuah dapat merakam kenangan bersama Norazan biarpun berrana atur 200 meter untuk menyaksika­n pertunjuka­n aerobatik di udara itu.

“Sudah tentu gembira ke- selepas dia (Norazan) nampak saya, dia terus beri isyarat kepada rakannya menuju ke arah saya sebelum mereka bersalam dan ajak bergambar,” katanya.

 ??  ?? NORAZAN melay an pengunjung cilik selepas membuat aksi aerobatik sempena LIMA ‘17, s emalam.
NORAZAN melay an pengunjung cilik selepas membuat aksi aerobatik sempena LIMA ‘17, s emalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia