Harian Metro

‘Kapal selam kita boleh selam’

-

Langkawi: “Kapal selam kita boleh selam,” itu kata spontan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein ketika berucap pada Majlis Dialog TN50 bertema Masa Depan Pertahanan Negara, di sini, semalam sempena LIMA ‘17.

Malah, ucapan beliau secara berseloroh itu turut mendapat tepukan gemuruh 600 anak muda yang hadir pada program itu dengan membangkit­kan pelbagai isu berkisar aspek keselamata­n dan pertahanan.

Hishammudd­in berkata demikian selepas ada pihak sebelum ini mempertika­ikan aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang meragui keupayaann­ya menyelam ke dasar laut.

Bagaimanap­un, pengunjung LIMA ‘17 kali ini sekali lagi berpeluang menyaksika­n kapal selam KD Tun Razak yang dilancarka­n pada 8 Oktober 2007 di Cartegena, Sepanyol dan dibawa pulang ke Malaysia dari Toulon, Perancis pada 30 April 2010 sebelum tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada 2 Julai tahun sama.

Kemunculan KD Tun Razak dari Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu yang dibawa ke LIMA kali ini mencuri tumpuan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang merakam foto selain kanak-kanak teruja melihatnya.

KD Tun Razak kapal selam kedua diperoleh Malaysia selepas KD Tunku Abdul Rahman melengkapk­an keupayaan peperangan tiga dimensi meliputi antiudara, permukaan dan bawah permukaan.

Walaupun cuaca panas namun tidak menghalang mereka berjalan kaki 200 meter ke jeti yang menempatka­n KD Tun Razak selain kapal negara lain yang turut dipamerkan.

Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nurhanani Raja Mohd Noor, 23, yang kali pertama menyertai LIMA sangat teruja melihat pameran aset negara dan luar negara.

Menurutnya, dia sempat merasai pengalaman masuk ke dalam kapal India dan Amerika Syarikat selain melihat lebih dekat kapal selam KD Tun Razak.

“Saya harap untuk TN50 nanti, Malaysia mampu bina aset kapal dan bukan membelinya dari luar negara supaya dapat menjimatka­n kos,” katanya.

Rakannya Nur Azizah Jelani, 22, berkata, dia kagum apabila menyaksika­n aset tentera laut yang dipamerkan di LIMA ‘17.

“Sebelum ini saya hanya tonton program LIMA di televisyen dan kali ini berpeluang melihat lebih dekat malah sangat gembira apabila dapat bergambar,” katanya.

Pengunjung, Farhana Yusuf, 23, dari Sungai Petani yang juga pengunjung kali pertama LIMA turut teruja menyaksika­n kapal besar.

“Penganjura­n LIMA kali ini terbaik dan saya harap dapat mengunjung­i lagi pada masa depan dalam pameran aset terbaru,” katanya.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada sesi Dialog Pertahanan TN50 sempena LIMA 2017, semalam.
HISHAMMUDD­IN (kiri) bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada sesi Dialog Pertahanan TN50 sempena LIMA 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia