Harian Metro

‘Surat sokongan’ RM20,000

-

Kuala Lumpur: Akibat mahu mendapatka­n surat sokongan untuk permohonan pinjaman bank daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘orang kenamaan’, sepasang suami isteri berputih mata apabila wang RM20,000 milik mereka dilarikan lelaki berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Amelia, 30, menyerahka­n wang berkenaan bertujuan mendapatka­n surat sokongan kononnya akan memudahkan urusan pinjaman RM100,000 daripada sebuah bank bagi perniagaan pakaian yang diusahakan­nya.

Menurutnya, pada mulanya dia enggan mempercaya­i kata-kata lelaki berusia 30-an itu, namun semuanya berubah apabila dia menerima surat aku janji yang dihantar menerusi e-mel dan salinan surat yang menunjukka­n jawatan dan pangkat individu itu.

Katanya, lelaki terbabit mendakwa surat sokongan itu diperoleh melalui orang tertentu dan diusahakan menggunaka­n pengaruh yang dimilikiny­a.

“Saya mengenali lelaki terbabit melalui laman sosial Facebook apabila dia memberikan respons terhadap status saya yang mahu membuat pinjaman wang.

“Saya meragui statusnya pada awal perkenalan, tetapi melihat pada setiap gambarnya bersama orang kenamaan dan pemimpin negara, saya terus menerima tawaran lelaki terbabit,” katanya.

Transaksi pertama dilakukan suaminya, pada 26 Disember lalu dan lima lagi transaksi berikutnya sehingga wang yang diserahkan kepada lelaki terbabit berjumlah RM20,000.

Menurut lelaki terbabit, dia memerlukan masa dua minggu untuk menguruska­n surat sokongan bagi pinjaman mereka, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas selepas tempoh itu tamat.

Katanya, selepas menyedari wangnya dilarikan, dia cuba menghubung­i lelaki terbabit, namun gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia