Harian Metro

DAKWA MEMBUNUH DENGAN NIAT

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Memandu laju secara lawan arus umpama peluru meriam yang menghala kepada sasaran yang pasti akan mengorbank­an nyawa.

Itu mungkin analogi paling sesuai berhubung kes kemalangan di Kilometer 134, Lebuhraya PLUS berhampira­n Permatang Pauh, Pulau Pinang, minggu lalu, yang mengorbank­an seorang pemandu kereta.

Susulan kemalangan itu, rakaman video daripada kamera cermin hadapan dimuat naik memperliha­tkan pesalah trafik yang memandu kereta Proton Gen2 berwarna biru memandu secara laju walaupun di laluan bertentang­an.

Wujud pelbagai pendapat berhubung insiden itu termasuk ada netizen yang mencadangk­an kepada kerajaan supaya pesalah harus dikenakan tindakan menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Ada juga berpendapa­t pesalah trafik itu perlu digantung lesen seumur hidup memandangk­an tindakanny­a mengorbank­an nyawa orang lain.

Suara Maya menerusi tinjauan di laman sosial bertajuk ‘Apakah langkah utama untuk elak kecuaian ketika memandu sehingga mengakibat­kan kematian?’ mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Hasilnya, 80 peratus netizen memilih pesalah trafik itu perlu dikenakan tindakan undang-undang menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh dengan niat.

Sebanyak 13.3 peratus pula memilih supaya kerajaan memperkema­skan Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) kepada individu yang didapati bersalah dan 6.7 peratus mencadangk­an lesen memandu digantung seumur hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia