Harian Metro

YASIN TELEFON UNTUK JENAZAH

-

Apakah hukumnya membacakan surah Yasin sambil mendengar bacaan itu menerusi telefon kepada jenazah? Ini kerana saya tidak pandai membaca ayat al-Quran.

KAMAL Tapah, Perak

saranan supaya dibacakan Yasin pada orang yang meninggal dunia. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Bacalah surah Yasin ke atas orang-orang mati daripada kalangan kamu.” (HR Abu Daud)

Perbuatan membacakan Yasin melalui telefon kepada jenazah termasuk dalam perkara yang diadaadaka­n atau bidaah. Namun, bukanlah suatu yang diharam kerana tiada dalil yang tepat dan jelas mengenai pengharama­nnya.

Perkara yang sepatutnya dan terbaik ialah membacanya sendiri daripada mulut anak yang soleh, sahabat handai dan tetamu yang menziarah. Malah jika dibacakan surah yang biasa dibaca seperti surah al-Fatihah atau al-Ikhlas adalah terlebih baik daripada melakukan perkara bidaah yang biasanya akan dipertikai­kan.

Bayangkan suatu hari nanti tiada lagi yang pandai membaca alQuran dan mereka selesa hanya membiarkan

MP3 atau alat rakaman lain membaca al-Quran sedang waris tidak menghirauk­an urusan jenazah. Oleh itu, meninggalk­an perkara yang bidaah adalah lebih baik.

Tiada kepentinga­n bagi jenazah ketika itu diperdenga­rkan alQuran sedangkan semua amalannya terputus sebaik kematianny­a. Al-Quran yang dibaca menjadi pahala dan muhasabah kepada ahli keluarga dan waris yang membacanya. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia