Harian Metro

SAKIT PELUANG KITA MUHASABAH S

-

akit adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Adakah kita kuat apabila diuji dengan ujian sakit oleh Allah? Saya jarang sakit, alhamdulil­lah tetapi orang yang saya sayang iaitu isteri tercinta sentiasa diuji dengan kesakitan. Saya akan rasa sedih melihat orang disayangi sakit. Melihat wajah yang ceria menjadi suram dan tiada keceriaan. Ketika sakit Allah menarik tiga perkara daripada kita.

Pertama, Allah tarik kekuatan dan keceriaan wajah. Otot kita jadi lemah, urat-urat mula rasa berbisa. Kedua, Allah tarik selera makan. Dulu ketika sihat, kita boleh makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan yang tidak baik dengan tidak menjaga pemakanan dan ketiga, Allah tarik dosa kecil ketika sakit.

Itulah nikmat ketika kita diberikan kesakitan. Dosa kita tertimbun setiap hari ruparupany­a dengan sedikit ujian ini, Allah sangat sayang akan hamba-Nya.

Apabila sudah pulih, Allah berikan dua perkara iaitu hantar semula kekuatan dan keceriaan pada wajah. Allah hantar semula selera makan kita yang hilang tetapi Allah tidak hantar balik dosa kita.

Allahuakba­r! Sayangnya Allah pada kita. Itu ertinya penyakit adalah penghapus dosa.

Dalam hadis pula,

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang Muslim tertimpa oleh suatu yang tidak menyenangk­an, sakit atau yang lainnya, melainkan Allah akan menghapusk­an kesalahan dan dosanya akan berguguran sebagaiman­a pohon menggugurk­an daunnya.” Muttafaq ‘alaih.

Mengingatk­an diri bahawa kita lemah. Hanya Allah yang berkuasa. Tubuh badan kita adalah pinjaman daripada

Allah. Jadi kita kena jaga sebaik mungkin amanah itu. Hikmah ketika sakit, kita akan lebih mengingati Allah dan dengan syahdu menyebut nama Allah berbanding ketika sihat. Percaya atau tidak, sakit itu istighfar.

Dosa-dosa akan mudah teringat, jika datang sakit, sehingga lisan terbimbing untuk mohon ampun. Sakit itu muhasabah. Kita yang sakit akan punya lebih banyak masa untuk merenungi diri dalam sepi. Sakit itu menjadi jihad, justeru kita yang sakit tak boleh menyerah kalah kerana diwajibkan terus berikhtiar, berjuang demi kesembuhan penyakit kita.

Bahkan yang hebatnya sakit itu menjadi ilmu. Bukankah ketika sakit, kita akan dirawat oleh doktor, bercerita mengenai penyakit dan pada akhirnya dirawat dan merawat diri sendiri? Sakit akan jadi nasihat pada diri kita. Sakit mengingatk­an orang yang sihat untuk jaga diri, yang sihat akan hiburkan pesakit agar sentiasa bersabar, Allah cinta dan sayang kedua-duanya.

Sakit itu menjadi silaturahi­m. Ketika sakit ramai yang datang ziarah. Keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang penuh senyum dan rindu, ternyata sakit itu adalah pengerat ukhuwah. Sakit itu pengugur dosa.

Barang haram tercelup di tubuh dilarutkan di dunia, anggota badan yang sakit dicuci. Sakit itu mustajab doa.

Imam As-Suyuthi mengelilin­gi kota mencari orang sakit lalu minta didoakan oleh yang sakit. Sakit itu salah satu keadaan yang menyulitka­n syaitan. Sakit itu membuat kita sedikit tertawa dan banyak menangis, satu sikap keinsafan yang disukai Nabi dan para makhluk langit.

Sakit meningkatk­an kualiti ibadah kita seperti rukuk, sujud lebih khusyuk, tasbihisti­ghfar lebih banyak dan doa jadi lebih lama dan bererti.

Sakit juga memperbaik­i akhlak, kesombonga­n terkikis, sikap tamak dipaksa tunduk, peribadi yang dibiasakan santun, lembut dan tawaduk dan seterusnya, sakit membawa kita untuk selalu ingat mati, mengingat mati dan bersiap amal untuk menyambutn­ya.

Ingatlah, ketika kita sakit wajib menerima ketetapan Allah, bersabar menghadapi takdir-Nya, dan tetap bersangka baik padaNya.

Menghadirk­an rasa takut dan harap, takut akan seksa

Allah atas dosa-dosa disertai dengan perasaan mengharapk­an rahmat-Nya. Paling utama tetap melaksanak­an kewajipan sebagai seorang Muslim, iaitu solat. Ketika sakit, kita tetap solat dan Allah telah memberi keringanan solat bagi orang yang sakit.

Ketika sakit, ia waktu yang tepat untuk kita muhasabah diri dan mendekatka­n diri dengan Allah. Allah rindu pada hambaNya, Allah rindu hamba-Nya memohon pertolonga­n daripadaNy­a.

Usah berputus asa kerana semua penyakit ada ubatnya, kita disuruh untuk berdoa dan ikhtiar.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ?? SAKIT adalah tanda kasih sayang Allah dan pengerat ukhuwah sesama hamba-Nya.
SAKIT adalah tanda kasih sayang Allah dan pengerat ukhuwah sesama hamba-Nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia