Harian Metro

Ilmu kunci utama menjadi umat hebat

-

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman pada Allah SWT.”

(Ali Imran: 110)

Begitulah kemuliaan manusia yang membezakan mereka dengan haiwan. Mereka punya akal untuk berfikir dan Allah menjelaska­n dalam ayat di atas bahawa manusia adalah umat terbaik kerana diberi tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkara­n.

Semua ini tidak boleh dilakukan jika tiada ilmu. Justeru, ilmulah kunci utama untuk tergolong dalam kalangan manusia yang hebat. Mungkin ramai bertanya, apakah yang menyebabka­n perkara tidak baik dan buruk di atas muka bumi ini dapat ditukar dengan kebaikan?

Ibarat menukar tabiat buruk kepada yang penuh kebaikan. Tidak lain dan tidak bukan semuanya berpunca daripada hati. Apa di dalam hati menentukan sama ada tindakan kita baik atau sebaliknya. Sebagai contoh, kita melalui suatu jalan ketika tengah malam yang tiada sebarang cahaya.

Tiada sinaran bulan atau bintang. Hanya diterangi suluhan lampu suluh yang dibawa bersama. Kegelapan jalan itu tetap dapat dilalui tanpa banyak masalah kerana cahaya lampu telah menerangin­ya.

Namun, berbeza bagi orang yang membawa pelita atau lampu kecil mereka boleh jadi meraba-raba dalam kegelapan. Bermakna, besar atau kecil cahaya yang menemani perjalanan memainkan peranan penting untuk menyinari hidup.

Ya, walaupun tidak teruk dia tetap meraba kerana pelitanya kecil dan cahayanya juga kecil. Namun tidak bagi orang yang mempunyai pelita besar, dia boleh menyinari perjalanan di tengah kegelapan malam. Itulah gambaran ilmu atau makrifat yang ada dalam hati. Sedikit ilmunya maka cukuplah untuk dia seorang sahaja.

Orang lain tidak mampu menumpang. Namun andai makrifat seseorang itu dengan Tuhan berdasarka­n ilmunya yang luas, ia tidak sahaja dapat menyelamat­kan dirinya bahkan orang lain.

Ada orang belajar di sekolah yang sama. Ada yang belajar sampai 10 tahun tapi apabila pulang, usahkan hendak membimbing orang lain, hendak membimbing diri sendiri pun tidak mampu.

Ada yang belajar 10 tahun juga tapi apabila pulang, bijak melakukan pelbagai perkara misalnya membina madrasah, masjid, mengajar ilmu dan memberi sumbangan kepada orang ramai tanpa sebarang keluh kesah.

Orang kampung boleh menumpang kelebihan yang ada pada dirinya. Itu semua bergantung pada nur makrifat yang ada dalam hati yang menyebabka­n lingkaran cahayanya luas. Jadi, bila sampai pada peringkat ini, kita tidak perlu lihat pada diri orang lain tapi lihatlah ke dalam diri kita terlebih dahulu.

Lihat dan renunglah dalam diri sendiri. Hubungan, cahaya dan makrifat kita dengan Tuhan berada di peringkat mana.

Cubalah bertanya kepada diri, bolehkah kita bawa atau membimbing diri sendiri. Bolehkah kita menumpangk­an orang lain atau bolehkah kita membimbing diri sendiri serta orang lain dalam masa sama.

Namun dalam menuntut ilmu dan memiliki ilmu, satu perkara yang perlu kita amalkan adalah sebanyak mana pun ilmu yang ada, sama ada boleh memimpin diri sendiri atau memimpin orang lain sekalipun, kita perlu mengucapka­n alhamdulil­lah sebagai tanda kesyukuran.

Ucapkanlah mujurlah walaupun aku tidak dapat membimbing orang lain sekurang-kurangnya aku boleh memimpin diri sendiri.

Aku kenal yang mana lubang, yang mana tunggul, yang mana salah yang mana benar, yang mana bahaya dan yang mana selamat. Berbekalka­n nikmatnya maka akhlak soleh ini sungguh cantik dan sempurna pada kita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia