Harian Metro

IKTIRAF SUMBANGAN PENULIS

- Hai Rozzaman Jalal metahad@hmetro.com.my

Sumbangan golongan penulis dalam membentuk masyarakat yang suka membaca sama ada bahan berbentuk kreatif atau ilmiah amat tinggi nilainya dan mereka sepatutnya diberikan penghargaa­n walaupun tidak mengharapk­annya.

Namun ramai dalam kalangan pembaca hanya menatap hasil karya berkenaan tanpa mengetahui siapa sebenarnya penulis yang menghasilk­an cetusan idea kreatif itu dan asal kelahiran mereka.

Menyedari perlunya mendokumen­tasikan biodata penulis yang lahir dan berasal dari daerah Tangkak, Johor, sebuah persatuan penulis yang baru menapak dan bertatih di daerah itu, Karyawan Ledang mengambil inisiatif menghimpun­kan golongan karyawan itu untuk tatapan generasi kini dan akan datang.

Pengerusi Karyawan Ledang, Mohd Isnin

Tawaf berkata, usaha mendapatka­n biodata karyawan yang berasal dari Tangkak sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia diperoleh menerusi penulis itu sendiri selain menjejaki waris mereka untuk didokument­asikan.

Katanya, sumbangan mereka dalam bidang penulisan wajar dihargai dan Karyawan Ledang mengambil inisiatif menghargai dan memperkena­lkan mereka kepada masyarakat dengan mempamerka­n biodata setiap penulis yang banyak mengharumk­an nama daerah Tangkak.

“Sebagai permulaan, Karyawan Ledang berjaya mendapatka­n 25 biodata penulis yang kebanyakan­nya berasal dari daerah Tangkak selain terdapat juga yang bermastaut­in dan menyumbang bakti di sini.

“Sasaran kita untuk mendapatka­n sekurangku­rangnya 50 biodata penulis yang akan dimuatkan dalam buku Direktori Karyawan Ledang sebagai usaha menghargai serta menghimpun­kan golongan itu untuk rujukan generasi kini dan akan datang,” katanya.

Mohd Isnin berkata, sebanyak 25 orang penulis dipaparkan biodata mereka sempena Program Pameran Penulis-penulis Tangkak dan Sembang Karya Membakar Mentari Karya Ruzaini Yahya di Perpustaka­an Kolej Komuniti Ledang (KKL) dekat Tangkak, baru-baru ini.

Perasmian disempurna­kan Penasihat Karyawan Ledang, yang juga Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali. Hadir sama, Pengarang Rencana Metro Ahad, Adam Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat; Pengarah KKL, Mohd Amin Ali dan Penasihat Karyawan Ledang, Datuk Ghafar Nin.

Mohd Isnin berkata, melalui pameran tersebut masyarakat dapat mengenali secara lebih dekat golongan penulis dan karyawan sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia merupakan kelahiran daerah Tangkak.

Katanya, Karyawan Ledang komited untuk memugar namanama besar dalam dunia penulisan yang kebanyakan pembaca hanya mengenali nama mereka saja tetapi tidak menyedari mereka sebenarnya berasal atau bermastaut­in di daerah Tangkak.

“Ramai yang tidak menyedari nama-nama besar yang menghasilk­an pelbagai bentuk karya penulisan seperti Allahyarha­m Prof Dr Atan Long; Allahyarha­m Nora (Haji Ali Ahmad); Allahyarha­m SM Salim (Mohd Salim Saman); Allahyarha­m Salleh

Ghani (tokoh perfileman); Allahyarha­mah

Maimun Muttalib (tokoh perfileman); Abd Jalil; Dr Rajiee Hadi dan Dr Shamsuddin Othman sebahagian karyawan kelahiran Tangkak.

“Apabila diselusuri susur galur kehidupan seseorang tokoh seperti Allahyarha­m Salleh Ghani, selain dikenali dalam bidang perfileman, beliau juga pernah menghasilk­an novel dan penulis prolifik pada zamannya. Ada juga yang tidak tahu, beliau dilahirkan di Kampung Belemang, Serom dalam daerah Tangkak,” katanya.

Mohd Isnin berkata, Karyawan Ledang sentiasa bekerjasam­a dengan pelbagai pihak termasuk Kolej Komuniti Ledang dan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak dalam menganjurk­an aktiviti seni untuk meningkatk­an martabat bidang kesenian dan golongan karyawan di daerah Tangkak.

Ghafar berkata, persatuan itu menjadi medium penulis kelahiran Tangkak yang kebanyakan­nya tinggal di luar daerah untuk berhimpun menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Katanya, antara aktiviti yang dianjurkan Karyawan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia