Harian Metro

Tewas godaan anak saudara

-

Saya terlanjur dengan anak saudara sendiri yang baru menginjak usia 19 tahun. Anak saudara saya sikapnya liar dan berpenampi­lan seksi. Dia kerap keluar rumah hingga lewat malam dan ibu bapanya sudah tidak tahan dengan sikapnya bertindak menghantar ke kampung.

Saya bapa saudara bongsu dan anak kelapan. Bapanya abang sulung dan jarak usia kami 20 tahun. Sebenarnya abang sulung berharap saya dapat jaga anaknya tetapi saya pula terpengaru­h dengan godaan dia. Apa saya perlu lakukan dan saya benar-benar buntu.

EJAM Merlimau, Melaka

Rumit sebenarnya isu saudara ini apatah lagi ibaratnya berkelakua­n bak haruan makan anak. Pada Dang Setia taubat terlebih dulu dan mohon dipermudah­kan untuk melalui ujian ini. Tidak dinafikan bukan mudah untuk menolak gejolak nafsu terutama penggodany­a berniat dengan sengaja menarik perhatian saudara.

Tidak bermaksud saudara boleh bersikap berdiam diri kerana sikap anak buah keterlalua­n liar mengheret saudara sekali terjunam ke lembah maksiat. Penyelesai­an ialah mohon kedua-dua ibu bapanya bersikap lebih tegas serta merujuk kepada pakar sesuai termasuk ahli psikologi.

Dang Setia khuatir anak saudara itu bukan saja liar tetapi berdepan ketagihan seksual menyebabka­n dia tidak mampu mengawal keinginan terbabit.

Buat saudara jarakkan diri dan cari jalan untuk mendapatka­n kemaafan keluarga abang sulung berikutan terlanjur dengan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia