Harian Metro

SELAMAT NYAWA GUNA KANTONIS

-

formal di sekolah untuk mempelajar­i bahasa yang digunakan kaum Tionghua itu.

“Sejak kecil saya dan adik-beradik lain dibesarkan dalam masyarakat Cina dan kami memang bergaul rapat serta turut sama menyambut perayaan masing-masing.

“Kampung saya di

Pasir Puteh, Ipoh, Perak, memang ramai kaum Cina. Jadi adik-beradik saya memang pandai bertutur dalam bahasa Kantonis dan Mandarin termasuk saya sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, daripada pergaulan dengan rakan Cina menyebabka­n dia fasih bertutur bahasa berkenaan dan hingga kini masih boleh berkomunik­asi terutama bahasa Kantonis.

Mengimbas kembali menyelamat­kan mangsa wanita warga Vietnam berusia 21 tahun di Apartment Desa Aman Putri, Kepong, Selangor, 21 Oktober 2016, kata Mohamed Sabri, sukar digambarka­n perasaanny­a sebaik dia menarik wanita berkenaan.

“Saya memujuk menggunaka­n bahasa Kantonis. Saya memaklumka­n saya orang baik dan mahu menolongny­a sebelum wanita itu mula mendekati saya sebelum saya menghulurk­an tangan lalu mengangkat­nya naik.

“Dalam kejadian di Kampung Baru Selayang, Selayang, Selangor, pada 2 September tahun lalu, saya menyelamat­kan seorang wanita berusia 43 tahun yang mengancam membunuh diri dengan sebilah pisau disebabkan tekanan hidup,” katanya.

Mohamed Sabri sudah 24 tahun berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, ketika di usia remaja dia bercita-cita untuk menjadi anggota polis.

“Namun saya mendapat tawaran menjalani latihan untuk diserapkan ke JBPM. Seminggu sebelum tamat latihan saya mendapat surat panggilan untuk menyertai polis, namun saya menolaknya kerana sudah bertekad untuk meneruskan karier dalam bomba.

“Saya mula jatuh cinta dengan pasukan ini kerana kerjaya mulia. Saya memikul tanggungja­wab menyelamat­kan nyawa serta harta benda awam,” katanya yang berpengala­man selama 10 tahun dalam Unit Udara JBPM di Subang.

Banyak lagi sumbangan dan pengalaman Sabri ketika bertugas di JBPM antaranya pernah terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi Highland Towers pada 1993, tanah runtuh di Karak pada 1995, operasi memadam kebakaran hutan di Sumatera pada 1997, pegawai operasi yang bertugas pada Sukan Komanwel 1998 dan banyak lagi.

 ??  ?? MOHAMED Sabri bersama
rakan dan anggotanya.
MOHAMED Sabri bersama rakan dan anggotanya.
 ??  ?? MOHAMED Sabri ketika memujuk wanita warga Vietnam yang cuba membunuh diri.
MOHAMED Sabri ketika memujuk wanita warga Vietnam yang cuba membunuh diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia