Harian Metro

PUAS TAWAN

- Siti Nor Amirah Abu Bakar hmetroshah­alam@hme- tro.com.my

„ Gadis bertubuh kecil gemar aktiviti lasak berhasrat

tawan puncak Everest

Minat dalam kegiatan lasak dan mencintai alam semula jadi menjadi faktor utama Atika Kasuma Sulaiman, 24, berjaya menawan beberapa puncak gunung di negara ini.

Gadis bertubuh kecil itu sudah mendaki lebih 10 gunung termasuk Gunung Nuang, Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Irau, Gunung Suku, Gunung Semangkuk dan yang terbaru iaitu Gunung Yong Yap ketika menyertai misi trans

Yong Yao Bubu Tok Nenek (YYBTN), baru-baru ini.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu berkata, selain meningkatk­an kecergasan fizikal, ekspedisi pendakian dapat mengajar erti kental dalam diri dan kepuasan setiap kali menjejakka­n kaki ke puncak gunung.

“Perasaan yang sukar digambarka­n kerana setiap kali berada di puncak gunung, saya seolah-olah hilang kata-kata kecuali rasa puas dan terpesona dengan keindahan alam yang luas terbentang.

“Selain itu, ekspedisi pendakian banyak mengajar erti hidup dan cara menyesuaik­an diri ketika berada di hutan dan berdepan perkara yang tidak diingini,” katanya.

Atika yang juga anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia berhasrat menakluk puncak Gunung Everest yang menjadi destinasi pilihan dan kegemaran kebanyakan pendaki gunung seluruh dunia. “Apabila melangkah kaki ke alam pekerjaan sekali pun, minat saya terhadap mendaki tidak akan luntur malah saya akan tetap mencari peluang untuk mendaki bersama rakan atau secara bersendiri­an.

“Saya sudah lama berkecimpu­ng dalam aktiviti lasak dan sukar untuk membuang rasa cinta dalam hati,” kata penuntut jurusan Komunikasi dan Pengajian Media UiTM itu.

Ditanya faktor memilih jurusan penyiaran, Atika berkata, dia mahu membuktika­n bahawa wartawan penyiaran juga mampu membuat aktiviti lasak dan bukan hanya berbekalka­n wajah jelita di kaca televisyen semata-mata.

“Jika boleh, saya ingin menjadi antara wartawan penyiaran yang mampu mencipta nama mendaki gunung tertinggi di dunia,” katanya.

 ??  ?? gunung. kanan) bersama rakan pendaki
ATIKA (berdiri, empat dari
ATIKA berswafoto ketika mendaki Gunung Yong Yap.
gunung. kanan) bersama rakan pendaki ATIKA (berdiri, empat dari ATIKA berswafoto ketika mendaki Gunung Yong Yap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia