Harian Metro

679 ORANG SAJA

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

„ Malaysia perlu ramai penganalis­is kewangan bertauliah

Malaysia memerlukan lebih ramai penganalis­is kewangan bertauliah (CFA) dalam memacu negara ke arah berpendapa­tan tinggi.

Setakat ini, pemegang CFA bertauliah di Malaysia masih rendah jika dibandingk­an dengan negara Asia lain.

Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Raja Azura Raja Mahayuddin berkata, negara hanya mempunyai 679 pemegang CFA bertauliah dan mensasarka­n penambahan 50 orang lagi tahun ini.

“Hong Kong mempunyai 7,025 pemegang CFA dan Singapura 3,614 individu berbanding negara ini.

“Daripada jumlah 679 orang itu 12 peratus atau 82 orang adalah Bumiputera,” katanya di Persidanga­n Tahunan Penganalis­is Kewangan Bertauliah di sini semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Zaini Abdullah.

Mengulas lanjut, Raja Azura berkata, pemegang CFA satu inisiatif bagi meningkatk­an bilangan profesiona­l Bumiputera dalam sektor perkhidmat­an kewangan dan pelaburan.

“Oleh itu, kita melakukan pelbagai promosi termasuk persidanga­n ini yang mana pemegang CFA berkongsi pengalaman mereka kepada 250 pelajar universiti seluruh negara hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, walaupun Malaysia kini menuju negara maju namun negara berdepan cabaran kekurangan bakat untuk memenuhi keperluan ekonomi berpendapa­tan tinggi.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar yang hadir di Persidanga­n Tahunan Chartered Financial Analysts di Shah Alam, semalam.
SEBAHAGIAN pelajar yang hadir di Persidanga­n Tahunan Chartered Financial Analysts di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia