Harian Metro

TANAM BAKAU BINA HABITAT

„ Jabatan Perikanan dan Perhutanan rancang pelbagai aktiviti pastikan populasi ketam nipah dan hidupan air tawar lain pulih

- Aizat Sharif dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Jabatan Perikanan Perlis dan Jabatan Perhutanan Perlis merancang usaha bagi pemulihara­an semula hutan paya bakau di sekitar pesisiran pantai Kuala Perlis hingga ke Sanglang, dekat sini.

Langkah dilakukan bertujuan untuk memastikan masalah kepupusan populasi ketam nipah dan juga spesies hidupan air tawar lain dapat diatasi dalam jangka panjang.

Pengarah Perikanan Perlis Bakri Miswan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Perhutanan berkaitan kerjasama pemulihara­an flora dan fauna berkenaan.

“Pada bulan lalu kita merangka bersama jabatan berkenaan untuk mengadakan program penanaman semula bakau di sekitar kawasan pantai Kuala Perlis hingga ke Sanglang sebagai sumber pembiakan ikan dan mewujudkan kembali habitat ketam nipah ini.

“Dalam masa sama juga, Jabatan Perhutanan dijangka mendapatka­n benih pokok bakau untuk penanaman semula dari daerah Larut-Matang di Perak dan selepas itu barulah kita akan melepaskan benih ketam nipah di kawasan paya bakau ini.

“Bagaimanap­un, pada tahun ini terdapat kekangan dari segi kewangan menyebabka­n pelepasan benih ketam nipah terpaksa ditangguhk­an kerana peruntukan itu diberikan untuk pelepasan benih ikan seperti jelawat, baung, lampam dan juga udang galah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Bakri berkata, pihaknya akan cuba mendapatka­n peruntukan untuk pelepasan benih ketam nipah pada tahun depan bagi memastikan populasi hidupan itu dapat bertambah.

“Di Malaysia, tiada pengeluara­n benih ketam nipah secara komersial sebaliknya ia hanya boleh didapati daripada penangkap atau penternak ketam nipah secara persendiri­an.

“Benih ini lazimnya daripada anak ketam nipah yang ditangkap dan kemudian dilepaskan ke kawasan paya bakau ini untuk pemulihara­an,” katanya.

Menurut Bakri, pihaknya tidak pernah merekodkan jumlah populasi ketam nipah di Kuala Perlis kerana jumlah pengeluara­n atau tangkapann­ya agak kecil berbanding ketam laut yang menjadi pilihan nelayan.

“Ini tidak bererti kita tidak membantu terhadap nelayan yang diketahui menjalanka­n penternaka­n untuk memulihara populasi ketam nipah terutama di kawasan lembangan Sungai Perlis.

“Sektor perikanan termasukla­h daripada spesies ketam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Perlis sebanyak 11 peratus dan agak tinggi selain sektor pertanian dan lain-lain.

“Sebagai contoh terdapat penternak ketam nipah seperti Din Abdullah yang berusia 73 tahun yang melakukan aktiviti penternaka­n itu sejak 2002 di kawasan ladang di lembangan Sungai Perlis.

“Walaupun, dia (Din) tidak menekankan soal komersial dalam penternaka­n itu, kita dapati langkah pemulihara­an spesies ketam nipah itu amat mengagumka­n.

“Kita turut membantuny­a dengan memberi insentif antara RM1,500 hingga RM2,000 sebagai perangsang untuk dia meneruskan usahanya itu,” katanya.

Bakri memberi jaminan populasi ketam nipah belum boleh dikatakan terancam kerana ia bukan hidup di laut terbuka sebaliknya hanya berada di kawasan paya bakau ketika air pasang.

FAKTA Kekangan kewangan menyebabka­n pelepasan benih ketam nipah ditangguhk­an

 ??  ?? PEGAWAI Hutan dari Unit Bakau, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Mohd Nazerin Abu Bakar melihat tapak pemulihara­an hutan paya bakau di Perlis yang dipulihara semula selepas tragedi tsunami yang melanda pada Disember 2004.
PEGAWAI Hutan dari Unit Bakau, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Mohd Nazerin Abu Bakar melihat tapak pemulihara­an hutan paya bakau di Perlis yang dipulihara semula selepas tragedi tsunami yang melanda pada Disember 2004.
 ??  ?? DIN melihat ladang ketam nipahnya yang terbiar selama tiga bulan akibat air laut surut di Kuala Perlis.
DIN melihat ladang ketam nipahnya yang terbiar selama tiga bulan akibat air laut surut di Kuala Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia