Harian Metro

120,000 KEKOSONGAN

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Sebanyak 120,000 kekosongan ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk program pengajian sesi akademik 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, kekosongan itu membabitka­n 20 universiti awam, 30 Politeknik dan 94 Kolej Komuniti.

Menurutnya, seramai 430,000 calon menduduki SPM tahun lalu dan 400,000 daripadany­a layak memohon menyambung pengajian menerusi sistem Unit Pengambila­n Universiti (UPU).

Katanya, permohonan UPU masih dibuka dan pihaknya mengharapk­an lebih ramai yang memohon sebelum tarikh tutup pada 5 April depan.

“Pelajar digalakkan memilih institusi dalam negara untuk melanjutka­n pelajaran. Bagi mereka yang tidak berjaya boleh memohon di institusi pengajian tinggi swasta mengikut minat masing-masing.

“Institusi pengajian di negara ini setaraf dengan luar negara. Ia terbukti apabila lima universiti tersenarai dalam kelompok 50 terbaik dunia,”katanya ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

„ Peluang lepasan SPM sambung pengajian

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Mary Yap berkata, KPTN 2017 mencatatka­n kehadiran 200,000 pengunjung sejak diadakan pada Februari lalu di lima zon iaitu Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

USIM menjadi tuan rumah bagi penganjura­n KPTN 2017 peringkat zon tengah yang diadakan bermula semalam hingga hari ini.

Pada majlis itu, turut diadakan simbolik pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara USIM dengan tiga syarikat iaitu Perfect Triangle Sdn Bhd, INDKOM Engineerin­g Sdn Bhd dan Nilai Infinity Capital Sdn Bhd yang bertujuan pembanguna­n pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia