Harian Metro

PETI SEJUK PAHALA

-

permulaan kepada aktiviti kami ini, ketika itu kami mendapat sumbangan daripada seorang individu dan sukarelawa­n kami membeli makanan dan meletakkan­nya di sana,” katanya.

Menurutnya, kumpulan berkenaan baru ditubuhkan sebulan lalu namun setiap sukarelawa­n mempunyai banyak pengalaman menjalanka­n aktiviti berkaitan kemasyarak­atan dan sukarelawa­n.

Ibu empat anak ini berkata, setiap sumbangan diterima akan diagihkan terus kepada sukarelawa­n bagi mereka membolehka­n mereka membeli makanan untuk diletakkan di masjid atau surau.

“Setiap wang sumbangan diterima menerusi akaun bank akan diagihkan terus kepada sukarelawa­n yang berkelapan­gan ketika itu terpulang kepada mereka untuk membeli makanan apa, bila dan di mana barangan itu akan diletakkan,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanap­un katanya, ada antara sukarelawa­n mengirimka­n resit selepas pembelian dilakukan menggunaka­n wang sumbangan itu.

Katanya, lazimnya, mereka akan meletakkan makanan yang boleh tahan lama seperti roti, air kotak, biskut ataupun buah bagi memudahkan orang ramai mengambiln­ya dan mampu bertahan dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Bagi mereka yang mahu menjadi sukarelawa­n mahupun menyalurka­n sumbangan boleh menghubung­i Mardziah di talian 019-9532747 atau melayari FB Kongsi Rezeki Kuantan.

Sukarelawa­n sedia makanan, minuman percuma di masjid

 ??  ??
 ??  ?? SALMI (kanan) mengedarka­n makanan percuma di Masjid Negeri, Kuantan.
SALMI (kanan) mengedarka­n makanan percuma di Masjid Negeri, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia