Harian Metro

Sumbat murid tadika macam ‘sardin’

-

Nanyang (China): Seorang pemandu didakwa memandu secara bahaya selepas ditangkap membawa 74 murid sekolah dalam sebuah van di sini baru-baru ini.

Van yang dipandu lelaki itu ditahan selepas anggota polis melihat ia penuh dengan kanak-kanak sekolah termasuk berhimpit di bahagian hadapan.

Jurucakap polis berkata, van itu hanya boleh memuatkan 19 penumpang dewasa dan jelas lelaki berkenaan membawa penumpang berlebihan.

Van itu turut membawa seorang guru wanita dan termasuk pemandu, kenderaan itu sebenarnya membawa 76 orang.

Satu rakaman video yang disiarkan polis di Internet menunjukka­n kanak-kanak sebuah sekolah tadika berhimpit-himpit di dalam van berkenaan.

Semua kanak-kanak itu kemudian berbaris dalam satu garisan panjang bagi memudahkan anggota polis mengira jumlah mereka.

Menurut polis, semua kanak-kanak itu pelajar sebuah sekolah tadika di bandar itu.

Van itu adalah milik sekolah tadika berkenaan tetapi ia tidak didaftarka­n sebagai bas sekolah.

Pemandu kenderaan itu juga tidak memiliki lesen untuk memandu bas sekolah.

Di China, kerajaan mengenakan syarat ketat untuk mendapatka­n lesen pemandu bas sekolah kerana sering berlaku nahas membabitka­n pengangkut­an itu.

Pada 2014, lapan kanak-kanak dan tiga dewasa mati lemas selepas bas sekolah yang membawa penumpang berlebihan terhumban ke dalam kolam di wilayah Hunan. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kanak-kanak terpaksa berdiri di bahagian hadapan van yang membawa penumpang berlebihan. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n kanak-kanak terpaksa berdiri di bahagian hadapan van yang membawa penumpang berlebihan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia