Harian Metro

TAMPARAN BUAT TRUMP

- AFP

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima tamparan hebat selepas usahanya untuk memansuhka­n undang-undang kesihatan yang dikenali sebagai Obamacare gagal akibat tidak mendapat sokongan sebahagian anggota

Kongres Republikan yang memberonta­k.

Baru dua bulan berkuasa, Trump terpaksa menarik balik rang undang-undang kesihatan Republikan kelmarin, sebelum pengundian dilakukan di Dewan Perwakilan. Keadaan itu menyebabka­n janji pilihan raya Trump untuk memansuhka­n pelan kesihatan oleh bekas Presiden AS, Barack Obama itu tidak kesampaian.

Kekalahan itu juga menunjukka­n batasan kuasa Trump dalam membawa sesuatu agenda perundanga­n walaupun Republikan yang diwakiliny­a menguasai kedua-dua dewan.

Kini Trump perlu mempertimb­angkan bagaimana untuk meneruskan pemerintah­annya dengan perpecahan dan pemberonta­kan di Kongres.

“Kami sangat hampir untuk memperoleh sokongan mencukupi bagi meluluskan undang-undang itu.

“Bagaimanap­un, tanpa sokongan Demokrat, kami tidak dapat sampai ke situ. Mereka (Demokrat) sebenarnya yang tewas,” kata Trump di pejabatnya.

Trump juga mengecam anggota Kongres dari Demokrat yang tiada seorang

„ Gagal dapat sokongan di Kongres untuk ganti pelan kesihatan Obamacare

pun sanggup memberi undi untuk rang undang-undang berkenaan.

Kegagalan itu adalah dasar utama kedua yang gagal direalisas­ikan Trump selepas usahanya menghalang pelawat dari negara Islam ke AS dua kali dibekukan mahkamah.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Paul Ryan berkata, dia menghubung­i Trump bagi memberitah­u partinya jelas tidak mempunyai sokongan yang mencukupi.

“Saya menghubung­i Trump dan memberitah­u, perkara terbaik adalah menarik balik rang undang-undang ini dan dia bersetuju.

“Ini adalah hari yang paling mengecewak­an kami,” katanya.

 ??  ?? PENUNJUK perasaan berhimpun berhampira­n bangunan Trump Tower di Chicago bagi meraikan kegagalan Trump memansuhka­n Obamacare. - AFP
PENUNJUK perasaan berhimpun berhampira­n bangunan Trump Tower di Chicago bagi meraikan kegagalan Trump memansuhka­n Obamacare. - AFP
 ??  ?? T RUM P
T RUM P

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia