Harian Metro

TANGGUH SERANG MOSUL

- Reuters

„ Tentera Iraq atur strategi baru selepas ramai orang awam

dilaporkan terbunuh

Tentera Iraq menangguhk­an serangan untuk menawan barat Mosul daripada militan Daish semalam selepas jumlah kematian orang awam yang tinggi, kata pegawai.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbanga­n mengenai laporan satu insiden ketika pertempura­n pada 17 Mac lalu yang membunuh dan mencederak­an puluhan orang awam di daerah al-Jadidah di Mosul.

“Kami terkejut dengan jumlah kematian yang tinggi ini,” kata penyelaras kemanusiaa­n PBB untuk Iraq, Lise Grande.

Pertahanan awam dan penduduk melaporkan ramai orang awam ditimbus runtuhan bangunan selepas serangan udara terhadap militan Daish mencetuska­n letupan besar.

Seorang wakil rakyat dan dua penduduk memberitah­u, serangan udara itu mungkin mengenai trak yang penuh dengan bahan letupan yang memusnahka­n beberapa bangunan di kawasan yang padat dengan penduduk.

Ketua pertahanan awam, Mohammed Al-Jawari memberitah­u wartawan, pasukan penyelamat mengeluark­an 40 mayat dari runtuhan bangunan.

Penduduk yang melarikan diri dari barat Mosul memberitah­u, serangan udara tentera Iraq dan Amerika Syarikat (AS) memusnahka­n bangunan dan membunuh orang awam.

Militan juga menjadikan orang awam sebagai perisai manusia dan menembak mereka sekiranya cuba melarikan diri dari kawasan kejiranan yang dikuasai Daish.

“Jumlah kematian orang awam yang tinggi di bandar berkenaan menyebabka­n kami terpaksa menghentik­an operasi bagi menyemak semula pelan kami.

“Kini adalah masa untuk mempertimb­angkan pelan baru serangan dan taktik,” kata seorang jurucakap polis Iraq.

Operasi yang dibantu tentera bersekutu diketuai AS itu masuk bulan keenam dan kini tentera Iraq berjaya menawan keseluruha­n bahagian timur dan sebahagian barat Mosul.

Menurut kerajaan Iraq, sejak operasi menawan semula barat Mosul itu bermula pada bulan lalu lebih 200,000 penduduk di kawasan itu menjadi pelarian.

Kemaraan tentera Iraq menjadi perlahan sejak dua minggu lalu apabila pertempura­n memasuki sempit di bandar itu.

Bandar lama itu menempatka­n Masjid al-Nuri tempat pemimpin Daish, Abu Bakr al-Baghdadi mengumumka­n pemerintah­an khalifah di sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria pada 2014.

lorong

 ??  ?? ASAP kelihatan di satu kawasan kejiranan di Mosul ketika pertempura­n antara tentera Iraq dan militan Daish, semalam. - Reuters PENDUDUK mengumpul mayat orang awam yang terbunuh dalam serangan udara di barat Mosul, kelmarin. - AP
ASAP kelihatan di satu kawasan kejiranan di Mosul ketika pertempura­n antara tentera Iraq dan militan Daish, semalam. - Reuters PENDUDUK mengumpul mayat orang awam yang terbunuh dalam serangan udara di barat Mosul, kelmarin. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia