Harian Metro

NICOL TERUS MENYENGAT

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Mara separuh akhir selepas benam Camille

Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir Terbuka Britain selepas menyingkir­kan juara 2015 Camille Serme, awal pagi semalam.

(gambar)

Turun selaku juara lima kali, Nicol yang tampil sebagai pilihan keenam, mempamerka­n persembaha­n cemerlang menewaskan lawan dari Perancis itu 11-6, 11-6, 11-8 dalam masa 39 minit.

“Ia satu bonus kerana menewaskan juara 2015. Dia mengharung­i musim yang bagus apabila memenangi beberapa kejohanan Siri Dunia, jadi saya hanya turun tanpa sebarang tekanan.

“Saya mengikut perancanga­n untuk menafikan cabarannya dan membuahkan hasil yang diharapkan, saya gembira dengan persembaha­n ini,” kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu.

Jelas Nicol, dia memanfaatk­an setiap peluang yang terhidang selain berasakan dirinya berada pada tahap terbaik ketika ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan menentang pemain tuan rumah Sarah Jane Perry pada separuh akhir. Sarah, yang layak ke separuh akhir kali pertama, mengetepik­an Donna Urquhart dari Australia dalam lima set.

Satu lagi pertemuan separuh akhir menyaksika­n pilihan utama dari Mesir, Nour El Sherbini menentang bekas juara dari England, Laura Massaro.

Awal bulan ini, Nicol menamatkan kemarau 15 bulan tanpa sebarang trofi apabila memenangi kejohanan Ciudad de Floridabla­nca di Colombia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia