Harian Metro

‘TAHAP 3 DAH REALISTIK’

„ Jalani anggap penganjura­n kejohanan perlu seimbang dengan keupayaan pemain sedia ada

- bersama Datuk Seri Jalani Sidek

Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) nampaknya terus memberi kepercayaa­n kepada Malaysia untuk meletakkan saingan Terbuka Malaysia di tahap Siri Super Perdana, kejohanan Tahap 3 yang menawarkan hadiah bernilai minimum AS$700,000 (RM3.1 juta).

England, China dan Indonesia pula berada pada satu tahap lebih tinggi (Tahap 2) iaitu menawarkan hadiah lumayan minimum bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta). Tahap tertinggi pula Siri Super Final dengan wang keseluruha­n minimum bernilai AS$1.5 juta (RM6.6 juta).

Jika ingin melihat kepada kejayaan dalam konteks penganjura­n, saya yakin sudah pasti Malaysia mahu menjadi tuan rumah di Tahap 2 atau 1 yang dilihat lebih berprestij.

Tapi bagi saya, tidak perlulah terkejar-kejar dengan semua itu. Cukuplah sekadar kita berada di Tahap 3 kerana di situ pun wang yang perlu dibelanjak­an sudah banyak.

Sebab bagi saya, jika kita mahu menganjurk­an kejohanan besar, maka ia perlu seiring dengan keupayaan barisan pemain kita untuk memenangi satu-satu kejohanan itu.

Tidak guna jika aliran wang tunai dikeluarka­n terlalu banyak tetapi yang mampu mara ke final dan memenangin­ya hanyalah jaguh perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei.

Sebenarnya situasi itu sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu. Tiada pemain yang kerap memenangin­ya selain Chong Wei yang pada Terbuka Malaysia bulan depan meletakkan sasaran untuk muncul juara buat kali ke-12!

Jika anda bertanya pendapat saya, saya lebih gemar untuk melihat kita menjadi tuan rumah kepada acara berpasukan iaitu pusingan akhir Piala Thomas dan Uber.

Kenapa? Sebab nilai kejohanan itu memberi makna yang cukup mendalam. Ia bukan sekadar wang tetapi lebih kepada sentimen beraksi bermati-matian untuk negara.

Anda tanyalah kepada mana-mana pemain pun, perasaan beraksi pada Piala Thomas dan Uber itu cukup berbeza berbanding kejohanan lain.

Kita pernah mendengar kata-kata ‘sukan boleh menyatupad­ukan rakyat.’ Piala Thomas dan Uber adalah kejohanan yang mampu memenuhi aspirasi itu.

Jika berkesempa­tan, anda lihatlah ulang tayang video terdahulu bagaimana rakyat berbilang kaum dan bangsa hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pemain kita.

Mereka hadir ke stadium dengan tidak berpuak-puak, sebaliknya bersatu sebagai ‘darah’ Malaysia.

Saya yakin paling anda ingati adalah pada 1992, iaitu kali terakhir kita memenangi Piala Thomas dan saya juga turut berada dalam pasukan.

Harus anda ingat, detik kejayaan itu sudah berlalu 25 tahun lalu. Ada orang sinis menyatakan sudah pun mencapai ulang tahun Jubli Perak!

Jadi sebab itulah saya berpendapa­t amat wajar sekali untuk kita membida Piala Thomas dan Uber yang kali terakhir kita anjurkan pada 2010.

Bercerita mengenai Piala

“Tidak guna jika aliran wang tunai dikeluarka­n terlalu banyak tetapi yang mampu mara ke final dan memenangin­ya hanyalah jaguh perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei”

Jailani Sidek

Thomas dan Uber, saya ucapkan tahniah kepada Thailand yang diberi hak kali pertama selaku penganjur dua saingan berprestij itu pada 2018 oleh BWF.

Bangkok pernah menjadi tuan rumah Piala Thomas pada 1976, tetapi ia tidak bersama-sama menganjurk­an Piala Uber.

Lihatlah bagaimana BWF memberi kepercayaa­n besar kepada Bangkok dan itu menunjukka­n Thailand semakin berkembang untuk menjadi antara kuasa besar dunia.

Situasi di sana jauh berbeza berbanding di Malaysia. Tiada perbezaan antara pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Thailand (BAT) mahu pun yang beraksi bersama kelab.

Maka secara tidak langsung, Thailand dapat melahirkan ramai pemain bertaraf dunia yang kini sudah pun menunjukka­n hasilnya.

Harapnya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pengajaran daripada Thailand. Sudah-sudahlah memandang sinis keupayaan pemain profesiona­l yang beraksi di kelab. Jumpa lagi!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia