Harian Metro

‘Terima kasih pembaca Harian Metro’

-

Johor Bahru: Harian Metro menzahirka­n penghargaa­n buat semua pembaca yang menyokong akhbar ini hingga mampu bertahan selama 26 tahun dengan hampir 3 juta pembaca setiap hari.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata, kejayaan akhbar ini kekal menjadi pilihan pembaca adalah kerana Harian Metro sentiasa berubah mengikut peredaran masa untuk memenuhi cita rasa pembaca.

“Terima kasih kepada pembaca yang terus menyokong Harian Metro sejak 26 tahun lalu dan kami berharap sokongan anda tidak akan terhenti kerana kami akan terus memberikan yang terbaik buat semua pembaca, malah daripada akhbar kita juga terus maju ke depan dengan konsep digital.

“Harian Metro sentiasa memberi informasi berita terkini menerusi laman sosial rasmi kita dan laman web Harian Metro,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Angsana Johor Bahru Mall di sini, semalam.

Kejohanan ‘one-off’ yang diadakan sempena sambutan ulang tahun Harian Metro ke-26 itu menyaksika­n 55 pasukan dari seluruh negeri ini bertanding sebelum pasukan Lite Superbowl memenangi gelaran juara.

Mustapa berkata, selepas hampir 10 tahun, kali ini Harian Metro kembali memilih acara bowling sebagai medium bagi mendekatka­n akhbar ini dengan pembaca.

“Bowling antara sukan yang dekat dengan kita. Tapi agak lama juga kita tidak menganjurk­an acara sukan ini sebagai aktiviti kita bersama pembaca.

“Kita sentiasa cuba mencari pendekatan atau aktiviti baru, kita pernah bertukar dengan menganjurk­an acara futsal dan kemudian berbasikal. Tahun ini kita memilih bowling,” ujarnya.

Acara penutup kejohanan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Harian Metro sentiasa memberi informasi berita terkini menerusi laman sosial rasmi kita dan laman web Harian Metro”

Mustapa Omar

 ??  ?? NUR Jazlan (enam dari kiri) bersama barisan pemenang.
PESERTA memulakan balingan pada pusingan akhir.
NUR Jazlan (enam dari kiri) bersama barisan pemenang. PESERTA memulakan balingan pada pusingan akhir.
 ??  ?? MUSTAPA (tengah) bersedia membuat balingan.
MUSTAPA (tengah) bersedia membuat balingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia