Harian Metro

‘Ubat hati gagal ke final’

-

Johor Bahru: “Saya menang cabutan bertuah hari ini ibarat mengubat hati yang kecewa selepas gagal layak ke pusingan akhir Kejohanan Bowling Best! Harian Metro 2017,” kata Taufik Mohd Hidir, 40, dari kumpulan Afidani yang menang hadiah utama cabutan bertuah, sebuah motosikal di Angsana Johor Bahru Mall di sini, semalam.

Beliau gembira apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dan mengubat kekecewaan gagal ke pusingan akhir, semalam.

“Saya tidak menyangka dapat memenangi hadiah sebesar ini, sebelum ini saya tidak pernah menang hadiah utama, syukur sangat dan terima kasih Harian Metro,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, walaupun pasukannya tidak layak ke peringkat akhir beliau bersama ahli kumpulanny­a tetap setia mengikuti program sehingga acara kemuncak dan penantian itu amat berbaloi.

“Penantian kami amat berbaloi apabila nombor cabutan dalam genggaman saya dipanggil penyanyi terkenal tanah air iaitu Siti Nordiana yang tampil dalam konsert mini hari ini,” katanya.

Taufik berkata, beliau akan menggunaka­n sendiri motosikal yang dimenangin­ya itu sebagai pengangkut­an utama untuk menjalanka­n tugas sebagai guru.

“Saya akan menggunaka­n motosikal ini untuk pergi ke sekolah tempat saya mengajar, dengan adanya motosikal ini dapatlah meringanka­n beban petrol kereta ke sekolah,” katanya yang tinggal di Taman Bukit Tiram, dekat sini.

Taufik yang juga pembaca setia Harian Metro berterima kasih dengan penganjur kerana menyediaka­n pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung yang juga pembaca setiap akhbar itu.

 ??  ?? TAUFIK ceria s elep as men an g cabu t an ber t u ah.
TAUFIK ceria s elep as men an g cabu t an ber t u ah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia