Harian Metro

TAK MUSTAHIL EMAS OLIMPIK

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Atlet karate negara sentiasa menyerlah

di pentas antarabang­sa

Beraksi di pentas Olimpik menjadi impian setiap atlet sekiranya berpeluang. Saya sendiri mengimpika­n untuk mewakili negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bagi S Senthil Kumaran tiada yang mustahil sekiranya kita mempunyai perancanga­n serta persiapan yang baik bermula dari sekarang. Emas bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisas­ikan kerana ramai atlet dari seluruh dunia sudah membuktika­nnya.

Bagaimanap­un untuk bergelar Olimpian, perjalanan seseorang atlet seharusnya berada di landasan yang tepat sejak dari

SOALAN: Karate antara sukan cemerlang negara sama ada pada kejohanan antarabang­sa atau mana-mana temasya sukan.

Karate sudah disenaraik­an buat kali pertama bagi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Bagaimana anda melihat peluang karate pada temasya sukan terbesar dunia itu. Mampukah karate muncul penyumbang emas pertama negara di Olimpik? awal lagi.

Saya jadikan diri sendiri sebagai contoh kerana impian saya adalah untuk ke Sukan Olimpik 2020.

Saya tidak boleh hanya memandang kejayaan atau pencapaian peringkat bawah saja seperti memenangi emas pada Sukan SEA 2013 atau gangsa Sukan Asia 2014. Saya perlu mempunyai impian yang lebih besar untuk berada dalam kalangan yang terbaik di dunia.

Bermula tahun ini, saya tidak mempunyai pilihan jika mahu ke Olimpik Tokyo selain cemerlang pada Sukan SEA Ogos ini. Saya perlu buktikan kemampuan di pentas Asia Tenggara terlebih dulu.

Sekiranya saya menyerlah, pasti saya akan terpilih untuk mendapat lebih banyak peluang menyertai kejohanan tinggi.

Saya juga perlu konsisten dan menyerlah dalam setiap kejohanan yang disertai termasuk bergelar jaguh benua terlebih dulu seperti juara di Sukan Komanwel dan Asia.

Jadi berdasarka­n pencapaian itu, saya boleh membina satu karakter yang peringkat lebih amat kuat dan dominan untuk melayakkan diri ke temasya Olimpik serta menang. Dengan perancanga­n yang baik, saya fikir mampu untuk sekurang-kurangnya membawa pulang pingat untuk negara walaupun ia kali pertama dipertandi­ngkan di pentas Olimpik.

Sukan karate di Malaysia amat bertuah kerana mendapat galakan kuat kerajaan yang mahu meningkatk­an mutu sukan ini.

Jadi dengan peruntukan serta sokongan kewangan yang kuat diberikan kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan, saya tidak melihat sebarang halangan untuk sebarang sukan di negara ini berkembang ke peringkat lebih tinggi.

 ??  ?? SENTHIL (kanan) ketika menghadapi lawan di gelanggang.
SENTHIL (kanan) ketika menghadapi lawan di gelanggang.
 ??  ?? SENTHIL (kiri) mempamerka­n pingat dimenangin­ya di Terbuka Paris.
SENTHIL (kiri) mempamerka­n pingat dimenangin­ya di Terbuka Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia