Harian Metro

Tuah Vinales elak bala

-

Doha: Maverick Vinales terselamat daripada kemalangan pada kelajuan tinggi sebelum mengekalka­n cengkamann­ya pada MotoGP Qatar kelmarin, mengakhiri hari kedua latihan sebagai penunggang terpantas di litar.

Pelumba Sepanyol berusia 22 tahun itu, yang mendominas­i di bawah lampu limpah Losail pada sesi pembukaan

(gambar)

Khamis lalu, mencatat masa terbaik satu minit 54.316 saat dengan jentera Yamaha mendahului pelumba Suzuki, Andrea Iannone (0.532s di belakang) dan juara dunia dari Honda, Marc Marquez (0.596s).

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi, rakan sepasukan Vinales di Yamaha, bergelut bagi hari kedua berturut-turut, berakhir di tangga ke-10 dengan perbezaan 1.098s di belakang penunggang Sepanyol itu.

Bekas juara dunia Jorge Lorenzo, yang meninggalk­an Yamaha dan berpindah ke Ducati hujung musim lalu, lebih teruk lagi apabila berakhir di tangga ke-12, 1.145s di belakang Vinales.

Vinales, yang berpindah dari Suzuki musim sejuk lalu, sebelum mendominas­i semua empat sesi ujian pramusim, terdahulu terselamat daripada kemalangan.

Insiden itu berlaku di selekoh empat selepas dia memintas Rossi.

Api terpercik di belakang jenteranya ketika ia terseret di litar namun Vinales mampu meneruskan sesi petang dengan menggunaka­n jentera pengganti.

“Kemalangan itu disebabkan kesilapan saya. Saya mencuba terlalu kuat dan tersasar dari litar,” jelas Vinales. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia