Harian Metro

Kasma raih kemenangan kedua

-

Tangkak: Bintang sedang meningkat Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk melakukan penampilan sulung pada Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia selepas meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia 17 tahun itu mudah melepasi garisan penamat dengan masa keseluruha­n 15:14.809s, tujuh saat di depan pemenang tempat kedua Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15:20.996s.

Sementara itu, Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) meraih podium pertama buat pasukan yang beraksi buat kali pertama dalam kelas perdana dengan masa 15:24.089s selepas bersaing sengit hingga ke garisan penamat bersama Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) dan rakan sepasukan Kasma, Abd Muhaimin Roslan.

“Perlumbaan hari ini tidak semudah disangka. Walaupun selesa di depan, saya terpaksa bekerja keras mengawal tayar disebabkan permukaan litar licin dan cuaca panas. Tayar tidak begitu mencengkam dan agak mencabar untuk saya mengekalka­n kelajuan,” jelas Kasma.

Sementara itu, Adib yang berada di tempat kedua mengakui agak sukar mengejar Kasma yang jauh di hadapan.

“Saya tidak berani cuba merapatkan jurang dengan Kasma kerana terdapat permukaan litar yang rosak dan keadaannya semakin lama semakin teruk. Menyedari pelumba lain jauh di belakang, saya hanya mengekalka­n kedudukan hingga ke garisan penamat,” ujar Adib.

 ??  ?? GELAGAT Kasma (tengah) bersama Adib (kiri) dan Norizman di podium.
GELAGAT Kasma (tengah) bersama Adib (kiri) dan Norizman di podium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia