Harian Metro

Coleman pertahan pemain GEGARAN AZZURRI

- AFP

Dublin: Pengurus Wales, Chris Coleman mempertaha­nkan pemainnya selepas kapten Republik Ireland, Seamus Coleman mengalami patah kaki yang teruk pada aksi kelayakan Piala Dunia.

Seamus diusung keluar pada minit ke-71 ketika seri 0-0 di Dublin awal pagi semalam selepas kaki kanannya terkehel selepas terjahan keras Neil Taylor, yang kemudianny­a dibuang padang.

Penyerang Wales, Gareth Bale dilayangka­n kad kuning kerana terjahan lewat terhadap John O’Shea, menyaksika­nnya terpaksa melupakan aksi menentang Serbia Jun ini, namun pengurusny­a berasakan pemain Ireland turut patut

(gambar)

dipersalah­kan.

Ditanya oleh wartawan Ireland jika Bale bernasib baik mengelak kad kuning kedua kerana terjahan keras terhadap James McClean, Coleman berkata: “Adakah anda fikir seorang atau dua pemain anda bernasib baik kekal di tengah padang?

“Ia jelas satu corak permainan British. Ada satu atau dua rungutan daripada pemain kami, bahawa pemain anda beberapa kali melakukan terjahan keras dengan niat buruk.

“Begitu juga beberapa pemain kami. Saya tidak merungut. Itulah bola sepak.” - AFP

Itali kekal bersaing dengan Sepanyol pada kempen kelayakan Piala Dunia zon Eropah apabila penjaga gol Gianluigi Buffon bermain aksi profesiona­l ke-1,000 ketika menang 2-0 ke atas Albania, awal pagi semalam.

Sepakan penalti Daniele De Rossi pada babak pertama dan gol kedua lewat Ciro Immobile cukup membantu Azzurri meraih tiga mata namun kekal di belakang Sepanyol menerusi perbezaan gol di puncak Kumpulan G selepas La Roja membenam Israel 4-1.

Penyerang Manchester City, David Silva dan Diego Costa dari Chelsea muncul antara penjaring gol di samping Vitolo dan Isco, manakala Lior Refaelov menyumbat gol saguhati Israel.

Di Palermo, ia hari yang mengujakan buat Buffon ketika dia meraih rekod Eropah 168 caps dan membantu Itali meneruskan rekod tanpa kalah pada aksi kelayakan kepada 55 perlawanan (41 menang, 14 seri).

De Rossi menyempurn­akan sepakan penalti pada minit ke-12 selepas Migjen Basha, seorang daripada enam pemain Albania memperaga aksi di kelab Itali, menjatuhka­n Andrea Belotti.

Penyokong Albania mencampak suar ke tengah padang kerana kecewa dan apabila mereka melakukann­ya sekali lagi sebelum sejam, perlawanan itu dihentikan selama lima minit.

Immobile memastikan kemenangan 10 minit sebelum tamat dengan menanduk masuk hantaran silang Davide Zappacosta.

“Pada permulaann­ya, terlalu banyak ketegangan, kami cuba bertindak cepat tapi terlepas beberapa peluang,” ujar jurulatih Itali Giampiero Ventura. “Tapi kami tidak langsung terancam.”

Sepanyol tidak berdepan masalah di Gijon apabila Silva merembat masuk hantaran Jordi Alba sebelum tendangan Vitolo pada masa kecederaan babak pertama melepasi jangkauan penjaga gol Israel, Ofir Marciano.

Costa menanduk masuk sepakan sudut Thiago Alcantara pada minit ke-51 sebelum Iago Aspas melorongka­n kepada Isco untuk gol keempat dua minit sebelum tamat.

“Saya amat gembira dengan gol saya, tapi kemenangan lebih penting,” jelas Silva. “Kami perlukan kemenangan untuk kekal di depan pasukan lain.”

„ Kekal kedudukan di belakang Sepanyol

mungkin memutuskan untuk kembali menggunaka­n empat pertahanan seperti dalam tiga perlawanan kelayakan hujung tahun lalu.

Ketika pemain Chelsea, Gary Cahill digantung perlawanan dan pemain Manchester United, Chris Smalling dan Phil Jones menarik diri kerana kecederaan, John Stones dijangka kembali ke posisinya di pertahanan tengah. - AFP

 ??  ?? IMMOBILE (dua dari kanan) jaring gol kedua Itali.
IMMOBILE (dua dari kanan) jaring gol kedua Itali.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia