Harian Metro

‘SERU BETULKAN NIAT’

- Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru, Datuk Seri Subahan Kamal menyeru semua barisan pucuk pimpinan baru badan induk itu supaya membetulka­n niat masing-masing dengan ikhlas seperti yang dituntut Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya, visi dan misi yang digariskan TMJ akan hanya boleh dijayakan sekiranya semua pemimpin bekerja mengikut niat yang baik demi kebaikan bola sepak negara.

“Kita sendiri dah nampak cara kepimpinan TMJ sebelum ini di Johor. Tunku memang mengarahka­n semua Exco termasuk Timbalan dan Naib untuk sentiasa bekerja.

“Saya rasa harapan Tunku amat tinggi dan saya harap semua Exco dapat ikut cara kerja Tunku.

“Mungkin pada mulanya ada yang rasa susah. Tapi insya-Allah kalau nawaitu kita betul, kita bekerja dan berkhidmat dengan baik rasa tiada masalah.

“Lagipun itulah sebabnya kenapa kita menawarkan diri untuk menjadi Exco dalam FAM kerana mahu berkhidmat dan membantu,” katanya ketika ditemui pada Kongres Pemilihan FAM kali ke-53, di sini, semalam.

Dalam persaingan tiga penjuru merebut kerusi TImbalan Presiden itu, Subahan yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mendapat undi tertinggi sebanyak 37 manakala Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Wira Yusoff Mahadi meraih sejumlah 33 undi.

Keputusan itu menyaksika­n penyandang jawatan, Datuk Seri Afandi Hamzah tewas mengejut apabila sekadar meraih enam undi biarpun sebelum itu disebut-sebut calon pilihan mempertaha­nkan posisi itu.

“Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli gabungan dan perwakilan yang hadir pada pemilihan kali ini.

„ Subahan mahu semua Exco ikut cara kerja Tunku Ismail

“Saya sebetulnya memang terkejut menerima keputusan hari ini. Saya rasa pada awalnya peluang saya amat sukar kerana saya dah hampir tiga atau empat tahun tinggalkan FAM.

“Tapi nampaknya sokongan masih lagi ada buat saya sebagai Timbalan Presiden. Insya-Allah, segala sokongan yang mereka berikan itu saya akan lakukan tugas dengan baik dan bersungguh-sungguh,” ujarnya.

 ??  ?? TUNKU Ismail (tengah) bergambar bersama (dari kiri): Hamidin, Subahan dan Yusoff selepas dipilih perwakilan pada Kongres ke-53 FAM di Hotel PJ Hilton.
TUNKU Ismail (tengah) bergambar bersama (dari kiri): Hamidin, Subahan dan Yusoff selepas dipilih perwakilan pada Kongres ke-53 FAM di Hotel PJ Hilton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia