Harian Metro

Hamidin masih Setiausaha Agung

-

Petaling Jaya: Presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan untuk terus mengekalka­n Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Setiausaha Agung badan induk bola sepak tanah air itu.

Sebelum ini ada spekulasi menyatakan Tunku Ismail akan menggunaka­n kuasanya untuk melantik Setiausaha Agung baru menggantik­an Hamidin yang sudah memegang jawatan itu sejak Jun 2013.

“Ramai orang tanya soalan ini, yang buat kerja adalah presiden, yang kena memastikan semua orang buat kerja adalah presiden dan untuk masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja yang tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin),” katanya sambil memandang Hamidin yang turut berada pada sidang media selepas Kongres FAM ke-53 semalam.

Tunku Ismail dipilih menerajui FAM pada pemilihan semalam selepas menang tanpa bertanding berikutan pencabarny­a Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menarik diri Khamis lalu.

Dengan pelantikan itu, beliau menjadi presiden termuda FAM dengan mengambil alih kerusi panas yang ditinggalk­an oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi penggal 2017-2021.

Bagaimanap­un peringatan yang disuarakan oleh Tunku Ismail itu bukan hanya ditujukan kepada Hamidin, malah beliau menuntut komitmen tinggi barisan Exco yang diberi mandat oleh perwakilan.

Dalam pemilihan itu hanya dua calon yang berada dalam Exco sebelum ini iaitu Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundra­m berjaya terus kekal manakala yang lain adalah muka baru.

“Mereka perlu mengikut momentum cara kerja saya kerana saya suka bekerja dengan pantas dan memiliki kesungguha­n, saya orang muda dan mahu perkara diselesaik­an dengan cepat, pada mereka yang memegang jawatan, mereka perlu mengikut momentum, melakukan kerja kerana saya akan memantau mereka,” tegasnya.

Tunku Ismail berkata, perancanga­n bagi jangka masa pendeknya adalah memberi keutamaan kepada kewangan FAM, memperbaik­i prestasi skuad kebangsaan dengan pelantikan jurulatih baru, pemilihan pemain, ideologi dan falsafah permainan, meningkatk­an mutu pengadilan serta mengurangk­an staf FAM.

Beliau sedar harapan tinggi yang diletakkan oleh penyokong tempatan untuk skuad negara meraih kejayaan namun pemilik kelab Johor DT itu turut menggesa supaya mereka bersikap realistik.

“Perancanga­n jangka pendek saya adalah membersihk­an rumah (FAM) dulu kemudian baru boleh fikirkan langkah seterusnya. Saya tak beri jaminan bila (meraih kejayaan) tapi saya percaya tak lama, saya harap boleh capai dalam tempoh dua tahun atau lebih cepat, apa yang penting adalah visi kami jelas dan perlu bekerja keras,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia