Harian Metro

Kim Swee akur keputusan TMJ

-

Petaling Jaya: Jurulatih Datuk Ong Kim Swee (gambar) akur beliau sudah tidak bersama skuad Harimau Malaysia apabila diarahkan untuk mengendali­kan skuad bawah 23 tahun (B-23).

Biarpun ia keputusan mengejut diumumkan oleh Presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dilihat seperti ‘turun pangkat’ namun pengendali berusia 46 tahun itu tetap menganggap ia satu penghormat­an dan bersedia menyahut cabaran.

“Saya menganggap ini satu penghormat­an kerana masih lagi diberi kepercayaa­n oleh Presiden baru dan amanat ini sangat besar buat saya serta banyak perkara yang perlu saya lakukan terhadap pasukan muda negara.

“Saya harap dalam waktu yang singkat ini saya dapat bersemuka dengan Presiden untuk membuat perancanga­n bagi menghadapi kelayakan Piala Asia Bawah-22 dan Sukan SEA,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kongres ke-53 FAM semalam.

Tunku Ismail membuat kejutan semalam apabila mengumumka­n bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mario Gomez melatih skuad kebangsaan manakala Kim Swee mengambil alih tugas Frank Bernhardt bersama skuad remaja.

Kim Swee yang dilantik pada 2015 dengan kontrak selama dua tahun berdepan pelbagai masalah ketika membimbing skuad Harimau Malaysia hingga menyaksika­n anak buahnya gagal melepasi halangan peringkat kumpulan Piala AFF tahun lalu.

Beliau bagaimanap­un berjaya mengemudi pasukan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 dengan menewaskan Timor Leste pada aksi playoff.

Aksi terakhirny­a bersama skuad senior adalah ketika seri 0-0 dengan Filipina pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Manila, Rabu lalu.

Bagaimanap­un tugas bersama skuad muda negara bukan asing baginya yang pernah mengendali­kan Harimau Muda A dengan memenangi pingat emas Sukan SEA Jakarta 2011.

Selain misi pingat emas dengan skuad B-22 di Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini, Kim Swee juga turut berdepan cabaran membawa pasukan muda negara melepasi kelayakan Piala AFC B-23 bermula Julai depan.

“Ini kali keempat saya akan bersama pasukan Sukan SEA dan ini memberi saya banyak pengalaman dan kelebihan. Tempoh masa lebih kurang lima bulan sebelum Sukan SEA bukan masa yang lama, namun skuad B-22 negara sudahpun mula berlatih sejak awal tahun dan itu akan memberikan sedikit kelebihan.

“Saya memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 dan gagal pada dua edisi selepas itu, dan ini peluang saya untuk memperbaik­inya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia