Harian Metro

Johan abadi bersama Nora

-

Boleh dikatakan tanpa Johan, mungkin sukar untuk Nora bertahan sehingga sekarang. Teringat luahan Nora ketika menjayakan program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) pada Oktober tahun lalu, betapa pilu hatinya apabila suami tidak dapat menyokong penyertaan­nya kerana sibuk hingga dia terpaksa membuat persiapan sendiri.

Sebagai isteri, Nora akui memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal dalam mengharung­i pertanding­an itu.

Mungkin juga ketika itu Johan mahu isterinya berdikari sebagai persiapan jika dia tiada nanti. Bagaimanap­un, akhirnya Johan tidak mampu hanya melihat saja dari jauh apabila isterinya dikecam kiri dan kanan di laman sosial.

Sebagai suami,

Johan masuk campur mempertaha­nkan isterinya dan mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang memfitnah dirinya dan isteri.

Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui bersama terutama ketika industri muzik melalui zaman suram. Johan tidak patah semangat, beralih pula kepada penerbitan program keagamaan untuk stesen TV.

Pada 11 Februari

2012, Nora dan Johan melancarka­n siri animasi Ummi...Ceritalah Pada

Kami diterbitka­n syarikat produksi mereka, Hud Hud Media Sdn Bhd.

Ia dijayakan Nora sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi termasuk dua anaknya, Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan).

Meninggalk­an isteri dan empat anak, Mohd Syakir Iman, 24, Mohd Syakir Alif, 19, Putri Nur Dahlia, 13, dan Putri Nur Fatehah, Johan juga meninggalk­an lagu merdu ciptaannya seperti Jentayu, Samudera, Hanya Satu, Desa Tercinta dan Naluri.

Ia akan terus berkumanda­ng dan semoga keluargany­a tabah menerima dugaan atas kehilangan besar ini. Setiap yang hidup pasti akan mati kerana daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.

 ??  ?? NORA bersama anaknya Putri Nur Dahlia dan Mohd Syakir Alif ketika pengebumia­n suaminya.
NORA bersama anaknya Putri Nur Dahlia dan Mohd Syakir Alif ketika pengebumia­n suaminya.
 ??  ?? NORA bersama Johan.
NORA bersama Johan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia