Harian Metro

Filem dongeng bukan lagi sajian remaja

-

LeFou menjadi watak gay pertama dalam filem terbitan Disney.

Usaha beberapa pihak di Russia, Indonesia, Singapura dan Malaysia untuk menyekat suntikan secara halus fahaman gay (hubungan sesama jenis) oleh pembikin filem Hollywood tidak dapat ditepis kerana mereka dengan jelas mempertaha­nkan babak itu.

Kata dua mereka ialah tayang tanpa potongan atau tidak ditayangka­n langsung. Akhirnya bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksika­n filem itu di pawagam, ia diluluskan untuk tayangan pada 30

Mac ini tanpa sebarang pemotongan tetapi diletakkan bawah klasifikas­i PG13 (Untuk kanak-kanak 13 tahun ke atas).

Di Russia, filem adaptasi daripada karya animasi yang pernah ditayangka­n pada 1991 diklasifik­asi untuk 16 tahun ke atas kerana kerajaanny­a melarang propaganda gay kepada kanak-kanak.

Di Amerika Syarikat, salah satu pawagam di Alabama membatalka­n tayanganny­a atas alasan mempromosi­kan budaya homoseksua­l dan tidak sesuai ditonton kanak-kanak walaupun ia filem dongeng muzikal.

Ia juga mengundang perdebatan di Singapura apabila pihak gereja bimbang terhadap paparan LGBT dalam filem itu.

Di Kuwait, tayanganny­a ditarik semula selepas beberapa hari ditayangka­n bermula 16 Mac lalu selepas penapis filem di negara itu menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap kandungan filem terbabit.

Di Indonesia, tayangan bermula 17 Mac lalu mendapat bantahan umum hingga ada yang memboikotn­ya.

Ini juga bukan kali pertama cubaan pembikin filem Hollywood memasukkan fahaman hubungan sama jenis dalam filem mereka, malah akhirakhir ini dilihat mengambil peluang melalui karya hiburan untuk kanak-kanak seperti dikatakan terdapat dalam filem Cinderella dan Snow White.

Filem lain memang banyak tetapi mengapa akhir-akhir ini turut dipaparkan dalam filem dongeng yang diminati kanak-kanak?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia