Harian Metro

Batal sesi fotografi saat akhir

-

Ini bukan kali pertama Cik Pang dengar sikap penyanyi rap popular, Waris yang tidak mesra dan sukar beri kerjasama dengan media.

Setiap kali ada yang mahu mendapatka­n temu ramah atau panggil ke studio untuk sesi fotografi, ada sahaja alasan diberikan.

Kes terbaru apabila

Waris melalui pengurusny­a bersetuju untuk sesi fotografi bersama media, tiba-tiba sahaja batalkan atas alasan terpaksa terbang ke luar negara.

Kata teman media, sesi fotografi itu sudah dipersetuj­ui beberapa minggu awal. Malah teman media sudah pun mendapatka­n lokasi menarik, tajaan pakaian dan solekan untuk sesi itu.

Malangnya beberapa hari sebelum sesi itu, pengurus Waris memberitah­u artisnya itu perlu terbang ke luar negara sebab ada penggambar­an di sana.

Persoalann­ya, siapa yang jaga jadual artis? Bukankah pada awalnya pihak pengurus sendiri yang maklumkan si artis boleh hadir ke sesi fotografi?

Kalau sudah ada diisi dalam jadual, kenapa senang-senang ditolak ke tepi janji asal dengan pihak lain? Rasanya, jawapan itu ada pada pihak pengurusan­nya.

Pendapat Cik Pang, isu janji janganlah dibuat main-main. Mungkin ada yang anggap ringan tapi percayalah, janji ditepati atau tidak menunjukka­n keperibadi­an seseorang.

Si artis pula janganlah ‘kekwat’ sangat sampai panggilan telefon atau WhatsApp daripada media langsung tidak dilayan.

Kalau sibuk, cakap saja sibuk. Kalau enggan komen, terus terang saja enggan komen. Lagipun, pihak media pun faham dan hanya jalankan tugas. Tidak luak pun kredit telefon kalau menjawab satu dua soalan media bukan?

 ??  ?? AISHAH
AISHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia