Harian Metro

Tak percaya ‘mata’ jurufoto

-

Kisah pelakon popular ini tidak percayakan ‘mata’ jurufoto bukan perkara baru. Andai ada foto dirakam tidak kena di matanya, pasti si jurufoto akan jadi mangsa.

Bukan saja si jurufoto akan dimaki hamun, malah segala foto akan dipadamkan dari kamera seperti yang berlaku kepada teman Cik Pang baru-baru ini.

Dia mengadu mengenai sikap pelakon ini yang bengang dengan baju tajaan yang dipakai untuk sesi fotografi bersama media tidak cantik di matanya.

Kata teman Cik Pang, ikutkan baju yang dipakai tidaklah buruk cuma si pelakon saja tidak pandai nak menggayaka­nnya dengan betul.

Selepas beberapa ‘shot’, si pelakon mengadu rimas, merungut dan memberi pelbagai alasan. Katanya, baju besarlah, ketatlah, warna suramlah dan macam-macam lagi.

Sudahnya, jurufoto pula dimarahi kerana dikatakan tidak pandai mengambil sisi tubuh dan wajah yang boleh menampakka­n dia cantik.

Si pelakon itu tanpa segan terus mengambil kamera milik jurufoto dan memadam beberapa gambar yang dirasakan tidak cantik di matanya.

Perbuatann­ya bukan saja tidak menghormat­i kerjaya jurufoto malah membuang masa ramai lagi artis lain yang sedang menunggu untuk diambil gambar di studio sama.

Andai jurufoto tidak pandai ambil gambar cantik, mustahil beberapa artis yang pernah diambil gambar sebelum ini memuji hasil kerjanya.

Lagi satu, kalau tidak suka dengan jurufoto, pakaian, solekan dan studio disediakan, Cik Pang nasihatkan tempah semua itu sendiri.

Apabila siap gambar yang dirasanya sesuai di mata, edarkan saja kepada semua media untuk dipaparkan di surat khabar dan majalah masingmasi­ng. Bukankah lebih senang?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia