Harian Metro

Jac teliti puja Whitney

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Mula dikenali selepas menjuarai program realiti Malaysian Idol pertama, Jaclyn Victor antara penyanyi tanah air yang mempunyai dengan vokal lantang dan mampu menyampaik­an lagu bernada tinggi.

Penyanyi Gemilang itu pernah menang pelbagai anugerah, antaranya Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Kalau ditanya penyanyi idolanya, ternyata penghibur antarabang­sa, Whitney Houston diminatiny­a sejak kecil lagi. Malah lagu popular Whitney menjadi sandaranny­a apabila menyertai pertanding­an nyanyian seperti Golden

Teen Search.

Jac atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor menyifatka­n penyanyi yang popular dengan lagu I Will Always Love You itu sebagai insan yang sangat dahsyat.

Katanya, bukan hanya kerana vokalnya malah persembaha­nnya juga sangat memukau penonton.

“Cara Whitney mendendang­kan sesebuah lagu itu memang berjiwa dan rasa itu hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghayati lagunya.

“Ketika berada di pentas, tidak perlu pergerakan hanya sedikit saja sudah memadai. Teknik seperti inilah yang ingin saya ikuti,” katanya.

Jac tidak malu mengaku belajar teknik Whitney menyanyi. Katanya, situasi sama dilakukan pemain dram yang pasti melihat teknik pukulan pemain lain dan akan belajar daripada mereka.

“Mereka belajar untuk menjadi lebih baik. Begitu juga dengan penyanyi.

Saya perhatikan cara

Whitney menyanyi dan persembaha­nnya. Saya tertarik dengannya yang memiliki suara lantang tetapi suka tidak bermakna saya meniru caranya menyanyi,” katanya.

Apapun, Jac tidak mahu menghakimi apa yang pernah terjadi dalam hidup Whitney. Dia hanya melihat kejayaan Whitney dalam bidang nyanyian dan apa yang boleh menjadi panduan buat dirinya.

Jac akui ada yang terikutiku­t dengan cara nyanyian idola mereka. Ketika menyanyi di kelab malam dulu, dia mampu meniru suara Tina Turner tetapi lama-kelamaan dia mula menyanyi dengan cara tersendiri.

Dia juga bernasib baik kerana pengalaman menyanyi di kelab malam mengajarny­a menggunaka­n kelebihan dan keunikan sendiri ketika menyampaik­an lagu penyanyi lain.

“Saya faham situasi penyanyi yang meniru dan kelihatan 100 peratus sama dengan penyanyi asal satusatu lagu. Pengalaman saya menjadi penyanyi kelab malam mengajar saya untuk menyanyika­n ‘cover’ dengan cara sendiri.

“Bayangkan kalau saya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia