Harian Metro

Mizz Nina tak lupa seni

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Terus giat cipta puisi, aktif bidang fesyen dan terbit program visual ke arah kebaikan

Meskipun memutuskan untuk kembali ke cara hidup Islam, aura seni dalam diri Mizz Nina, 37, tidak pernah pudar. Sebaliknya, bekas penyanyi pop itu terus mencipta ruang dan peluang sendiri untuk pastikan namanya tetap relevan sehingga kini.

Mizz Nina atau Shazrina Azman tidak saja giat mencipta puisi, malah aktif dalam bidang fesyen dan penerbitan program majalah keagamaan untuk siaran dalam talian dan stesen TV tempatan.

Katanya, ini adalah kehidupann­ya sekarang dan semuanya atas perancanga­n Allah dan dia hanya ikut ke mana Allah bawa dirinya.

“Saya tidak sepatutnya berhenti tetapi perlu meneruskan kehidupan dalam bidang ini dengan cuba menjadi lebih baik,” katanya.

Sikap terbukanya berkaitan kehidupan lalu terserlah apabila tidak sedikit pun melatah sekiranya video muzik atau lagu lama dendangann­ya masih ditonton dan didengari.

Pendapatny­a, ia membantu peminat baru dan lama lihat sendiri perubahan yang dilaluinya kini. Tambah pula dia tidak mampu menghalang mereka untuk terus menonton dan berkongsi.

Isteri penyanyi dan komposer Noh Salleh ini berkata, bagi menjadi Muslim sejati, dia perlu reda dan bersikap positif untuk membentuk keperibadi­an yang lebih baik pada masa depan.

“Tiada istilah menyesal dengan kehidupan lalu kerana ia membantu saya jadi lebih baik. Saya masih menjadikan laman sosial sebagai pentas menyampaik­an dakwah dan mengambil peluang itu untuk menarik lebih ramai pengikut mendekatka­n diri dengan Islam,” katanya.

Mizz Nina juga akui tiada istilah terlambat mengenal Allah dan memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat.

Malah, pada usia 30 tahun dia kembali mengenali muqadam dan al-Quran dan bersyukur sejak itu, dia bertambah baik.

“Apa yang penting, jangan malu atau berputus asa mahupun rasa terlambat untuk memulakan sesuatu,” katanya.

Pernah mengacara beberapa program bual bicara seperti Into Taqwa, Beyond Translatio­n dan Always A Traveller, terbaru Mizz Nina akan muncul melalui program bual bicara, The Mizz Nina Show yang dijangka bersiaran menerusi saluran Astro pada Ramadan ini.

Program 10 episod itu adalah terbitan syarikatny­a, DOPs TV dan menampilka­n ramai tetamu termasuk suami dan bapanya, Tan Sri Azman Hashim.

Katanya, program itu memperkata­kan pelbagai aspek termasuk menyentuh hati, seni reka dalaman dan sebagainya. Asasnya ia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia