Harian Metro

Jaket serlah maskulin

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kebanyakan selebriti lelaki berasa lebih selesa menata gaya apabila menghadiri majlis separa formal kerana tidak terikat dengan konsep memakai ‘black-tie’.

Dalam situasi ini, kebanyakan mereka memilih blazer saja dengan berseluar jean

warna gelap atau menyarung jaket ke tubuh. Sepatu disarung juga lebih pelbagai daripada kasut sukan hinggalah but.

Pemakaian jaket jauh lebih selesa jika hendak dibandingk­an dengan blazer kerana potonganny­a yang tidak melekap tubuh membuatkan pemakai dapat menyorokka­n susuk tubuh di bahagian perut.

Selain itu, fabrik jaket yang lebih keras dan kebanyakan­nya berasaskan PVC berkilat atau kulit menyerlahk­an sisi maskulin selebriti lelaki yang menggayaka­nnya.

Pengarah dan pelakon popular Syamsul Yusof antara selebriti tempatan yang gemar tampil gaya ‘rugged’. Lihat saja penampilan­nya sewaktu hadir pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) Januari lalu.

Syamsul tampil dengan jaket labuh hingga paha dilengkapk­an dengan but potongan tinggi.

Bagi menyerlahk­an gaya maskulin, dia menggayaka­n kaca mata hitam.

Sememangny­a kaca mata hitam menjadi aksesori kegemaran kebanyakan artis popular apabila memilih gaya santai dengan menyarungk­an jaket seperti mana SonaOne dan Haqem Rusli.

Jaket singkat digayakan Afgan membuatkan penyanyi Indonesia ini kelihatan segak walaupun wajahnya terlalu comel untuk dilihat maskulin.

Pelakon dan penyanyi Dafi antara selebriti lelaki yang gemar menggayaka­n jaket dengan potongan berbeza di luar daripada kebiasaan. Hadir ke

AJL31 dengan jaket kulit sintetik bersama hiasan di bahagian bahu ke dada memberikan sedikit warna kontras sebagai titik tumpu.

Kasut ‘high cut’ menjadi pelengkap gayanya yang agak ‘eccentric’.

 ??  ?? HAQEEM
HAQEEM
 ??  ?? SONAONE
SONAONE
 ??  ?? AFGAN
AFGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia