Harian Metro

Rajin cuba resipi baru

- 1. AKTIVITI LUAR 2. LASAK 3. MELANCONG 4. TIDUR 5. MASAK 1. MEMANDU 2. CAKAP LEPAS 3. PACAT 4. BADUT 5. EMAS

Siti Saleha bukan penggemar emas, pilih barang kemas dengan hiasan batu permata

Saya suka beriadah. Walaupun situasi kerja saya agak panjang di lokasi dan memenatkan tetapi apabila dapat melakukan aktiviti luar, saya akan tetap melakukann­ya. Aktiviti riadah juga mampu mengembali­kan semangat memandangk­an banyak tenaga positif diperoleh menerusiny­a.

Orang nampak saya lembut, tetapi saya sebenarnya gemarkan aktiviti lasak. Saya suka mencuba perkara baru. Ia sekali gus mencabar keberanian saya. Ia juga dapat membina keyakinan diri.

Pasti ramai yang suka melancong. Seronok sebab dapat lihat keindahan tempat orang. Kalau ada masa terluang, saya pasti pergi melancong sama ada ke luar negara cuma kalau cuti pendek, saya akan melancong dalam negeri sahaja.

Tidur sangat penting untuk pelakon. Walaupun cuma 15 minit tetapi ia sudah cukup buat saya rasa segar dan boleh meneruskan pekerjaan.

Saya suka mencuba resipi baru. Sedap atau tidak itu belakang kira. Lagipun kalau resipi yang dicuba itu kurang sedap, ia masih boleh diperbaiki dengan mencuba lagi memasak resipi yang sama pada masa akan datang.

Kalau jalan tengah sesak, memandu adalah perkara yang akan saya elakkan. Kalau terpaksa memandu sendiri, saya keluar lebih awal bagi mengelakka­n kesesakan.

Saya cuba elakkan daripada terlalu rapat dengan orang yang suka cakap lepas. Rapat macam mana pun, kita perlu tapis setiap perkataan yang keluar dari mulut. Takut nanti mengguris perasaan.

Saya suka akitiviti luar tapi bukan masuk hutan. Aktiviti luar atau lasak membabitka­n alam sekitar iaitu masuk ke hutan atau mendaki bukit, itu bukan jenis aktiviti yang saya gemari sebab saya takut kawasan itu ada pacat.

Dari kecil saya takut badut. Orang lain akan ketawa apabila nampak badut, tapi saya boleh menangis kalau badut itu mendekati saya. Saya rasa muka badut itu menyeramka­n.

Saya bukan penggemar emas. Walaupun emas lebih berharga dan nilainya tidak akan susut, saya lebih suka memilih barang kemas dengan hiasan batu permata.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia