Harian Metro

Syafiq serik sensasi cinta

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kalau pelakon Fazreen Rafi, 32, sudah sedekad membina nama sebagai pelakon, Syafiq Kyle, 25, pula baru lima tahun.

Pun begitu, selain pengalaman berlakon dikumpul semestinya jurang antara dua lelaki kacak ini adalah berkaitan gosip dan kisah sensasi.

Berbanding Fazreen yang kalis kontrovers­i sejak berstatus bujang hinggalah berkahwin, lain pula kisahnya dengan Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak.

Pelakon yang mula dikenali melalui drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir itu pernah terkait gosip membabitka­n percintaan.

Kisah cinta dengan pelakon Uqasha Senrose pernah mencetuska­n banyak cerita sensasi berbaur peribadi hinggakan perkembang­an karier lakonannya bagaikan tenggelam berbanding kisah cinta yang putus di tengah jalan.

Syafiq yang kini memberi lebih tumpuan membintang­i telefilem muncul dengan drama terbaru, Suamiku Paling Sweet di TV3.

Drama 28 episod arahan Zul Huzaimy itu menggandin­gkan Syafiq dengan Fazreen sebagai adik dan abang ipar. Syafiq melakonkan watak Izz Haikal manakala Fazreen sebagai Qairul yang juga abang Qisya Iriz lakonan Mawar Rashid.

Mengakui pengalaman percintaan lalu banyak mengajar dirinya lebih matang, Syafiq amat berhati-hati tatkala berbicara soal peribadi. Baru-baru ini pelakon Mimi Lana, 21, mengakui rapat dengannya dan Syafiq tidak menafikan perkara itu.

“Memang benar pun buat masa sekarang Mimi adalah kawan wanita yang rapat dengan saya. Kami mula kenal sejak 2015.

Ketika itu, saya dan dia (Mimi) digandingk­an sebagai pelakon utama untuk drama Sekali Aku Jatuh Cinta.

“Saya selesa berkawan dengan Mimi kerana kami ada matlamat yang sama iaitu berjaya dalam karier seni. Kami sanggup tinggalkan kampung dan berhijrah

Hormat tindakan Mimi Lana mengaku mereka hanya berkawan rapat

 ??  ??
 ??  ?? SYAFIQ
SYAFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia